A cindarella story. Just in my version. Problem? :P

Pages

Friday, September 3, 2010

hari ke UPSR boleh dikira dgn jari dah skarang ni.


assalamualaikum.
UPSR dah 17 hari je lagi. tak sangka aku. bende kat ats ni lh bende yg aku nak.

Pastu aku xde mood langsung nak raya.
kalau tahun lepas2 aku slalu mencuba kasut raya setiaphari, kali ni aku mencuba buku baru setiap hari. kalau slalu hari2 bersemangat mengira hari nak raya, tahun ni aku kire hari nak upsr. slalu berbuka aku cekik makanan segunung, tapi kali ni aku makan seciput je. oke itu bohong.

seriyez aku rasa aku tak patut raya. aku rasa tak patut tadi menjadi hari last belajar sebelum UPSR. :( perghh. sekarang rasa semuanye serba tak kena. tapi subjek yg aku boleh jamin dpt 'A' Maths. Aku rase maths tu subject paling senang dlm hidup. lagipun, bila nak wat latihan tu, dekat dataran merdeka pun aku boleh buat sebab tak perlu suasana yg snyap sangat. maths ni tak perlu fikir sgt but kenelah pandai bace soklan. kan?? tengok. org pro maths sume angguk. heheh. ye la. tapi jgnlah ambil mudah pasal bende ni. gua pun buat latihan hari2. so, anda kenelah buat gak untuk mengelakkan ke-lupa-an. kan? eh, x payah lah angguk laju2, patah nanti tak boleh buat UPSR.

Pemahaman ngn Penulisan. confident ka? tidaklah mana. Science ngn English. oke itu takpayah ckp. sangat la tak confident. science oke lagi. semua soalan slalu mesti yg dah blaja. beliau (uPSR) hanya nak menge-test sejauh mane kite dpt berfikir dan faham ape yg incik-incik guru ajar. English? Hahaha. hahaha. hahaaha. hahaha. aku tak tau sejauh mane aku punye kepandaian dlm BI. tapi aku akan berusaha dapatkan 40/40 dlm paper one supaya dpt bantu menge-up kan markah. dpt tolong kalau paper two kicked the bucket. kan?

hah. UPSR UPSR UPSR UPSR. dekatnya anda. mcm baru smalam masuk darjah nam. rase mcm baru smalm kenal cekgu azerai, cekgu mas, sir ser, cekgu jimi. sume cekgu darjah nam yg mengajar aku. seriyezly, kalau kau darjah eNam, baru kau dpt rase camne hepinya dpt cekgu2 mcm dorang.

tengok badge (betul ke eja?) darjah lima tahun ni... aku rase mcm... =.=' seriyez aku x tau kenapa aku tak puas hati langsung ngn dorang. kecuali syazwani binti azharuddin la. Budak ni mmg bagus. dia pandai, dia cool. tak semengada budak lain. next year, aku recommendkan syazwani ganti aku jadi pengerusi puteri islam. aku pun rase dia la satu2 nya org yg layak jadi ketua pengawas ataupun penolong. bukan yasmin bukan izzah. hesh. kejamnye aku. haritu izzah kene marah ngn cekgu azerai sbb surat cinta die gn aliff. tak paham aku. asal ngn aliff tu pun kau layan. aliff tu tak guna lah beb. even aku pun dia kacau mase balik tu. "awk awk awk"<----aliff panggil aku. apakah? kau-aku sudahlah. gelilah lelaki panggil awk-awk ni. hesh. geli geli!
kui3.

Ya Allah Ya Rahim, kau berilah kami kesihatan dan otak yang cergas untuk UPSR ini, kau berilah kami keyakinan untuk berjaya dengan cemerlang dlm UPSR ini. Kau jauhkan lah syaitan, iblis, dan musibah dari kami, kau kuatkan lah iman dan cinta kami kepadaMu agar tidak terpengaruh dgn bisikan syaitan. Kau limpahkanlah rezeki kami untuk mendapat 5A kerana tujuan kami mendapat 5A hanyalah kerana Mu, hanyalah demi mencerahkan masa depan kami, hanyalah demi ibu bapa dan guru kami, yg telah banyak berjasa kepada kami. kami hanya ingin menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kami kepada mereka, Ya Allah. Sesungguhnya hanya kau tempat kami meminta, seikhlasnya kami berdoa dan meminta agar UPSR kami berjalan dengan lancar dan selesa, kau berilah keberkatan kepada kami untuk mendapat 5A atas segala pengorbanan dan usaha yg kami telah lakukan.
amin...



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin eh? aku mintak maaf sangat kalau aku ade wat salah.
okeh? bye.


.end of entry.

No comments:

Post a Comment