A cindarella story. Just in my version. Problem? :P

Pages

Sunday, August 25, 2013

So yesterday was Nasya's birthday
I was studying sejarah the whole day
screw sejarah
hahahahahhahaha aku stress sebenarnya
belajar sejarah tak habis habis
tgk jam je terus lompat "omg im late"
mandi semua 4:30 ptg baru sampai rumah nasya





har har tak perempuan la kalau tak camwhore
takpe, we alls kan comel :P



dahlah sambung sejarah bye :(

p/s: nampak bebeno rushingnya. doakan aku untuk pmr okay? sumpah syg korang. bye


Wednesday, August 14, 2013

Friendzone Yang Afdal

Harini baru aku terfikir
Entah kenapa baru harini.
Sebelum ni org confess dgn aku, aku boleh je tak layan
Takyah reply txt, takyah jwb call, takyah senyum bila jumpa
Bagi aku, months later pandai pandai la diorg move on
They don't even like me for real pun
They don't even know me
Tapi harini, entahlah
It hurts me to know I am the reason he bleed inside
For years, dia yg dok jaga aku
Walaupun dia tau aku tgh angau dgn org lain tiga tahun lepas,
Dia masih ada untuk aku
Walaupun masa form one aku menghilangkan diri dkt kuching
Dia masih ada untuk aku
Walaupun masa form two aku start syg org lain, get into relationship pun,
Dia masih ada untuk aku
Dia la kot yg call aku pujuk aku time aku nangis
Sbb aku mmg syg sgt kat syafiq masa tu
Taknak ingat boleh? haha
Sekarang ni pun, he is still my big bro yg selalu tanya khabar semua, 
he is the only one yg sentiasa ckp "i miss you" yg ikhlas, dari aku sekolah rendah sampai skrg
Walaupun aku x response I miss you dia, dia masih ada

Apa motif aku post natang ni?
Oh sebab aku tgh serabut tadi
Aku rasa aku kejam
Walaupun aku tak dengar dari mulut dia
Aku tak bodoh untuk tak digest dia punya hint
Hint dia dah banyak sangat dah
Aku je buat tak reti

Serious aku bersyukur dpt kawan mcm kau
I feel that I am loved. 
Sebab aku ni taklah lawa mana
Pendek pulak tu
There are millions of people out there, yg way better than me
Aku ni dahlah tak berperasaan.
Kasar pulak tu.
Entahlah bila aku nak matured...........
Aku maybe tak tau sgt bab cintan cintun ni
Besar nanti aku fhm la.
Tipulah kalau aku takde crush
Crush mata je la. Bukan crush hati. (ewah hi acad azhari hahahahhaa)
Kalau suka sayang... errr. aku tak tipu, aku masih takde perasaan dgn sape2.
Kau bagilah aku laki hensem mana kalau aku tak syg mmg aku tak boleh syg
Bukan tak berperasaan. Lek la. I'm still fifteen kot

Kalau kau betul syg la dgn perempuan tu, you will wait until the right time
Until you are sure enough about your feelings
We are too young for this
Heart heals okay?

Aku harap aku tak kejam selama ni
Friendzone org mcm makan kuaci
I'm just zil
Apalah sangat nak lupakan budak tepi jalan ni










Tuesday, August 13, 2013

Salam PMRaya.

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia

Aku rasa belum lambat lagi aku nak ckp selamat hari raya kat korang.
lekla
hari raya kan sebulan?

Selamat hari raya. Ampunkan salah silap aku.
Aku tau aku bnyk gila sakitkan hati org
Tapi demi Allah, aku takde niat pun nak sakitkan hati sesiapa.
Aku cuma zil tepi jalan (cewah) yg bnyk cacat celanya
Aku dah maafkan semua org
Aku pun harapla semua org tu maafkan aku.

Raya aku kali ni, entahlah
nak ckp tak best
takde la tak best pun
Tapi entah kenapa aku tawar hati
mcm...something is missing
or aku bnyk sgt fikir pasal exam ke? entah la.
Tapi aku rasa tawar setawar tawarnya
Padahal haritu masa trial bukan main teromaigod omaigod nak raya

Sehari lepas habis trial tu...lepas sahur aku terus buat monthly planning
A calender, a diary, and some colour pens
Aku dok buat annalysis
Aku nak tau aku perform ke tak
Sebab aku ada catat semua markah aku dlm diary aku since awal tahun lagi
and yes, bila aku kira kira semua,
exam first sem aku haritu mmg bnyk meningkat
walaupun increase 5 percent je average aku, aku mcm bangga gak ah
Tengah tunggu result trial je ni ha
Setakat ni aku tau bm maths geo sejarah je.

BM, decrease. From 90 to 88
Maths, increase from 87 to 94
Geo, increase from 88 to 95
Sejarah, decrease nak mampus. from 98 to 92. from 92 to 80.

Sejarah aku la spoil gila
80 tu la markah paling teruk aku pernah dpt selama tiga tahun aku ambik  subjek sejarah
Maybe sbb aku mcm tak pay attention tu sejarah sgt haritu
Entah. Over confident ke? tak jugak
Aku nangis kot lepas habis paper sejarah
Cukup bahaya. Aku takuttt je tak dpt A
Deep down inside aku mmg bersyukur jugak
Allah has a better plan for me. Dia nak aku tau usaha aku belum cukup. Biar aku study sungguh2.
I promise I'll do better
And back to my monthly planning tadi,
Aku kira kira tinggal 37 hari lagi nak trial ke 2.
37 hari tu 10 hari lepas la
so kira hari ni, 27 hari lagi aku exam lagi
Aku pun buat la jadual tak kira hari hari aku kena pegang buku jugak
Masa dah suntuk sgt
Aku taknak setakat straight A.
Aku nak semua 90 plus. Bukan sebab aku nak berlagak pandai
Do you ever wanted something so much it hurts?
Aku nak puaskan hati aku. Hati mama. hati abah
sbb bila aku dpt markah 90 plus tu, seolah olah my hardwork paid off tau tak
Mungkin org lain tak fhm kenapa aku tak puas hati sgt bila aku dpt 80 lebih
Aku dah buat apa yg aku boleh buat. 24 hours yg Allah bagi kat aku sehari aku aku pakai seelok eloknya
Aku nak hasil dia menjadi.

Dahlah. yang aku tension tension ni pasal apa
Tapi sebenarnya bukan benda ni je buat aku tension.
banyak la
benda yg aku tak boleh cite kat sini
This is so painful oh
:(

Ha'ah do. aku tak okay
Serious aku tak okay.
Aku rasa mcm nak nangis selalu
Tak dpt bukak pintu sbb tangan baru pakai lotion pun nak nangis,
pencil case terjatuh pun rasa nak nangis
Phone aku low batt pun rasa nak nangis
Aku nak tenangkan diri mcm mana lagi pun aku tak tau
Takpe, whatever it is, Allah is The Best Planner after all
Apa nak jadi, jadi la
Aku follow je.
Sakit tu sakit la
Aku bukan tak boleh handle
Tak mati pun sakit hati
sakit je
sikit je pun
kan?

Lagi satu desicion yg aku buat, kalau aku dpt, aku mmg akan masuk asrama
Aku nak belajar hidup sendiri.
Bukan aku tak syg kat kwn2 aku kat sarawak
sayang gila. diorg la the best thing that ever happened to me.
Aku cuma....nak lari.
Nak focus ngn study aku.
Kat asrama, senang sikit nak focus ngn study.
Aku kan suka study. cita cita aku mmg penstudy. (dah tak lawak ah tsk tsk tsk)

Tapi serious ah. Kau bagi aku buku, aku study 10 hours straight pun aku tak kisah
Study je la yg boleh aku lupa semua hal yg sakitkan hati aku
Study kira mcm painkiller aku la
Ewah. painkiller je la tapi.
Masa berjumpa, bersujud, bercakap dgn Allah tu la masa paling sweeeeet bagi aku
Betul la org ckp. Bila bercakap dgn pencipta kita, seolah2 mcm aku dah hilang dah semua masalah aku
Sebab aku mcm ingat balik, I don't aim here. I aim hereafter.

Raya aku tahun ni, tiga hari kat Sabak Bernam, satu hari kat Klang, satu hari kat Temerloh, satu hari kat genting highlands. Haha kitorg beraya kat Temerloh. tak plan pun pergi genting
Tapi alang alang lalu, why not kan?
A day dkt genting was quite fun
Dengan space shotnya ya allah lailahailallah subhanallah walhadulillah walailahailallah
Gila do
Oh kalau korang tak tau la space shot tu mcm mana jap aku google




best gila la aku ckp. Mmg awesome. masa naik tu rasa mcm okay lagi. tapi....gayat dia bukan main la. tersangat gayat. dahlah tinggi gila. tinggi gila pulak tu (fhm fhm je la ek) Masa kat atas tu aku mmg takut gila dah berzikir semua hahaha part dia jatuh tu ya Allah ya tuhanku......aku dah pasrah. serious ek. masa kau turun tu kau takkan rasa kau tgh duduk kat atas sesuatu. kau rasa mcm badan kau tgh jatuh dari atas ke bawah. dari satu tempat yg saaaaaaaaaaangat tinggi. aku pasrah gila hahahhaaha

tapi mmg best. kepada org yg mmg takut tinggi, takyah la. ni extreme sangat. kang pengsan atas tu susah pulak. muahaha.

Oklah. post raya dah tak mcm post raya langsung. Biasalah. org takde mood nak raya. ewah.


"Aku ada kawan kat pandan indah yang berseri seri,
Pindah ke Sarawak, ingatkan ke Miri,
Aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri,
Kepada kwnku zilly silly lilly milly tilli.

Dia ni comel sgt sampai ada admirer nama (tut tak boleh ckp kat sini)
hehe tinggi tu tapi dulu kecik mcm ikan patin
Aku nak mintak maaf zahir dan batin,
oi kwn, satu hari nanti kita boleh jumpa mungkin?"

Tu lah wish raya paling comel pernah aku dapat.
Thank you syabil uhuk uhuk walaupun pantun kau pelik, aku terharu.

Sekian sahaja post yg tak berapa nak raya sgt dari saya kali ini

Selamat hari raya!! :D









Sunday, August 4, 2013

Hikayat Acad Azhari aka Mamat Jumaat (dan Puteri Zil ewah)

Assalamualaikum!
AKU DAH HABIS PMR UOLLS!!

nope. habis trial je sebenarnya.
tapi aku sgt lega sbb aku dah terlepas dari tense feeling yg membuat aku breakdown setiap hari
kdg2 kesian jugak aku steph kena pujuk aku hari hari
I mean, aku fhm perasaan steph
aku faham perasaan org yg takde art of pujuk org ni (hahahaha sorry steph)
sbb aku pun tak reti pujuk org
tengok org nangis sebelah aku... nak buat ape ek? aku nak kena buat lawak ke mcm mana?
tu la. martial art, aku tau la sikit2. art of menembak, aku power. art of shopping, aku mmg legend.
tapi kalau art of pujuk org ni........................
takde
siapa la yg malang jadi laki aku nanti kan?
ahahahaha

tau tak....
aku suka mimpi pelik pelik.
especially time exam.
ingat lagi first sem haritu. second paper kot. esoknya sejarah. malam tu mmg hadap buku je la.
tapi aku rasa aku tido awal kot haritu. kol 10 dah tido. kalau tak pukul 3 pgi pun aku mmg xtido tido.
tapi pukul 12 aku dpt  call dari syazwin. cousin nasya. (btw sebelum korang kecelaruan maklumat, ni bukan mimpi) awin ckp "zil, nasya kat hospital" and i was like what??????
look, aku ni sensitive sikit kalau kawan aku sakit
Allahyarhamah Alyanur. I lost my bestfriend when I was 13. I waited for so long sbb she promised to come back. But she didn't. Allah lagi sygkan dia.
Ni nasya pulak masuk hospital. for the same reason pulak tu
Mana tak risau kan? malam tu aku mcm tido tak tido je la
bukan study pun. tak dpt tido.
pagi tu, around pukul 6, aku xbangun bangun.
Yuki kejutkan.
and guess what?
aku tetibe jerit. "WOWWW!!!!"
yuki ckp.. kuat.
yuki gelak gila gila
aku blurrr. dlm kereta baru aku ingat apa yg aku mimpi:
I was at the science lab. Dgn cikgu sim lee na. Kitorg tgh buat experiment
Mixing chemical, and something happened
Its like a spark kot, mcm firework keluar dari test tube tu
Tu yg "WOW" kot?

K.

And this time round, lain pulak ceritanya.
Mcm ni,
First time aku jumpa mamat ni bulan lima kot.
Sama sekolah, and yet aku tak pernah jumpa dia kat sekolah.
Sebab dia sesi pagi, aku sesi petang.
tapi selalu je aku turun pagi, tapi tak pernah nampak muka dia.
One fine day, friday, pukul 12 mcm tu, abah akan ambik aku kat rumah, nak hantar aku pergi sekolah.
Before that, kitorg ambik yuki dulu.
Aku tgh stress masa tu. Bnyk kerja la belum siap. Rushing masuk gate sekolah yuki, carik yuki.
Tetiba aku terlanggar budak ni
Darjah satu kot. Pendek gila manalah aku nampak. (tak sedar diri ckp org pendek)
ok fine. aku kena jalan tengok bawah ni la ek? Okay
tetibe terlanggar lagi org.
pap.
nasib muka tak tersentuh. sbb dia tinggi kot. haha.
Aku dah dgn muka terkejut aku. mata besar, menjerit, mulut terbuka
Mmg la terkejut. Ape mamat berlogo SMK Green Road buat kat sekolah adik aku ni
Dia rilex je. Tak ckp pape. Dia senyum. Senyum yg mmg senyum. Senyum yg menyejukkan hati (ewah)
in short, dia hensem bila dia senyum.
HAHAHAHHAHAHA LAMA AKU TAK PUJI LAKI
nvm
dia mmg cute.
Then he walked away like nothing happened. Ambik adik dia. And masa tu adik dia tgh lepak dgn adik aku
Oh. abg kawan adik aku yg pengawas ni ke? Okay.

But it doesn't end yet, anyway
Since that day, every friday aku jumpa dia
tak ckp, tak lepak sama pun
just senyum, jalan
senyum je kut.
hahahaha.
but he left me no name
He is unnamed
For months, and aku belum tau nama dia.
Tu yg setiap jumaat aku semangat nak ambik adik aku.
Nak jumpa mamat jumaat! Hahahaha.
One friday, (friday sebelum trial, kira last last week la)
Aku dlm kereta, dah ambik yuki. ingat xdpt jumpa haritu.
Tetibe yuki byebye seseorg. Oh budak tu.
And.....mamat tu kat sebelah kwn adik aku.
He smiled. He smiled!!
And aku mmg angau seminggu minggu tu.
Dia la pengubat stress aku. Haha
Aku sampai termimpi.
Malam sebelum exam BI dgn geo kot.........
Eh tak tak. Bukan malam. petang. aku tido petang sbb aku tau malam tu aku xkan tido sbb study.
Aku mimpi.. aku dlm kelas. Babra masuk kasi aku popcorn.
Entah. scene seterusnya dkt Sarikei. dkt jeti. tempat aku lepak masa aku kursus kat sana dulu. (fyi, sarikei-kuching ni mcm johor-kl) aku dgn babra jalan2. tiba aku jumpa mamat jumaat dkt jeti tgh buat homework.
masih berbaju sekolah.
aku pergi kat dia. tengok nama.
"ACAD AZHARI????"
nama dia acad azhari????
aku pun jerit la "Acad Azhari, awak tau tak saya dah cari awak berapa lama??????!!?"
and I remember nothing lepas scene aku jerit tu.

Masa bukak puasa tu aku cerita la dgn yuki.
Dengan harapan dia akan tanya kawan dia sapa nama mamat jumaat aku
Betul ke kan acad azhari?
Sukahati je mimpi aku ni. hahaha,
Masa aku cerita ngn yuki tu pun mama dengar.
Mama ckp "Oh, mama ajar budak tu. Nama dia syahmi. Form four. Dia ada dua adik dkt sekolah yuki, syafiqah dgn syanis. Mama tau dia sbb mama rapat dgn mak dia. Selalu jugak nampak mak dia kat sekolah yuki"
dalam hati aku : Mama knows her bakal menantu better than me? :O
HAHAHAHAHHAA

and esoknya yuki confirm dgn aku yg nama mamat tu mmg syahmi
again, mama menyampuk
"Arina kenal syahmi ke?"
"tak lah. tak kenal pun. selalu terserempak dgn dia je"
"yang sampai terbayang bayang tu kenapa?"

aku diam.

p/s: Acad Azhari..Syahmi. Teruk betul mimpi aku ni. Takde art of guessing langsung. Meleset ke laut!