A cindarella story. Just in my version. Problem? :P

Pages

Tuesday, November 9, 2010

sayangi orang tua :)

yo apa di atas.

ramai muda mudi zaman Satu Malaysia sekarang ni tak suka nak berborak dgn org tua kan? ala tak payah nak tipu la. aku tahu. aku pun sama gak sebenarnya. haha. tp sebenarnya, bukan susah sgt pn nak layan org tua ni berborak. senang jah. korang cuma perlu dengar sambil angguk-angguk dan buat bunyi "ohhh" "aahh" "ya la tuh" "betul dah tuh". depa neh selalu nak kongsi cerita ja. ada kau jumpa org tua tanya soalan mcmni "cu, berapa ya kelajuan bunyi sesaat?" ataupun "nak, apa nama minatang yg ada hidung dua?". takda kan? so mmg simple je kalau nak layan depa borak. sila ikut. trima kasih :)

1. SETTING MUKA SENYUM

yang ini sumpah crucial. kau kena sentiasa senyum time nak dengar dia bercerita. ni nak tunjuk macam kau teruja la nak dengar cerita dia tuh. tak kesah la kau tengah mengantuk gila sebab smlm-tidur-lambat-semata-mata-tunggu-game-MU-sbb-nak-tgk-Macheda-berkasi-tp-tiba-tiba-dia-tak-diturunkan ke, kau tengah lapar sebab letih-dan-penat-tgk-cerita-Cahaya-yg-mcm-vlerghhhh!-apa-neh?! ke, apa ke, tak kesah. yg penting, kau mesti setting muka senyum bila nak dgr org tua bercerita. kalau kau buat muka ketat, sumpah dia akan kecik hati. laju-laju ja dia packing beg nak balik kampung karang.

2. JANGAN UBAH TOPIK

aku faham. bila berborak dengan orang tua ni, mesti ada satu point nnt mcm tetbe kau dah lost dan mula tak faham dgn jalan cerita dia. dalam hati mcm 'eh mende apa org tua ni tgh mengarut td?'. takpa. wlpn kau dah lost, kekalkan muka senyum dan angguk-angguk konon faham. tade masalah. sbb dia takkan suruh kau ulang balik apa yg dia dah cerita. jadi kau jangan nak pandai-pandai ubah topik plak. contoh mcm dia tengah cerita pasal zaman komunis, kau jangan nak tiba-tiba bawa keluar ayat "nek, sy rasa tenang sgt bila tgk muka Awal Ashaari. mcm ada 'sesuatu'. sy agak dia tu jodoh sy la nek. hik hik hik". mmg minta pelempang percuma betul.

3. IYA KAN AJA WALAU DIA SEBUT NAMA KAU SALAH

yg ini mmg biasa terjadi. perenggan pertama cerita betul dah sebut nama aku zil. masuk perenggan kedua tetbe "tu lah kan, kita tak tahu. rezeki masing-masing ye yana". eh eh bila masa nama aku jd yana? takpa. dgn muka senyum, angguk-angguk iya kan je. masuk perenggan ketiga "hati ni rasa sebak je kenangkan budi baik dia tu hada". wawwww. kini yana sudah tiada! hada pulak muncul! hye, nama saya hada. dan saya pakai head and shoulders. kah kah kah. takpa. kau angguk-angguk sambil senyum ja lagi. takkan lah kau nak sound dia "eh tp nek, nama sy bukan hada. nama sy zil. tp kalau nenek nak panggil sy dgn nama lain, boleh panggil sy Mariah Carey. hi hi hi". tak sopan sungguh. maka, terima ja la nama apa pn. 17 kali hang ckp pun takdok guna.

4. JANGAN KELUARKAN AYAT "OH NENEK TANYA SAYA KE?"

kekdg bila kau dah asyik duk angguk-angguk, senyum-senyum, lost-lost terhadap cerita beliau, kau dah mula tak dpt nak bezakan antara ayat penyata dengan soalan. kekdg dia tanya kau soalan, kau ingat dia tengah bg ayat penyata. konfiden ja la kau angguk-angguk sambil "aah, ye lah tuh". yg org tua tu pn tercengang mcm 'eh budak ni. nak ajak bergaduh ke apa?! kan aku tgh tanya soalan neh!'. so bila kau dah sedar yg dia sebenarnya tengah tanya soalan, cepat-cepat kau tambah senyuman sambil "ya nek. mende apa td nek?". ni mcm konon-konon kau tak berapa nak faham la soalan dia td. kalau kau ckp "oh nenek tanya saya ke?" nampak sgt mcm kau tak pay attention langsung kt cerita dia. dah tambah kecik hati org tua tu. td dah siap packing beg kan? sekarang terus suruh kau hantar kt puduraya plak.

5. KALAU DIA NANGIS, KAU JGN NANGIS SAMA.

sbb nnt lg galak dia nangis. kau dengar je cerita sedih dia tu. kalau dia nangis pn, kau buat muka konon-konon faham je kesedihan dia tu. org tua ni tak boleh dilayankan sgt emosi dia tu. kang kalau kau nangis sama, mau 17 jam 17 minit tak berhenti org tua tu menangis. kalau boleh, try buat kening mcm Deco. nampak simpati habes. hee.



heyypp. aku suruh tgk kening ja! jgn nak terjatuh hati plak tetbe. Deco kakshikin punya oke. haha. akhir kata, jangan lah malas nak layan org tua berborak. kesian tahu. dia nak bercerita. dengar ja la tadah telinga. tade salah nya. dia dah tua. bukan muda mcm korang yg boleh 'ON SUNYI dan hantarkan ke 33445' ataupun bukak fesbuk, buat status 'argh aku bosan sgt-sgt hari ni. tulun! tulun! nak buat apa ya?' sambil tunggu org komen, sambil layan lagu Lady Baba. euh.

No comments:

Post a Comment