kuek kuek kuek AFF Semua dalam satu
1. Final kali ini diadakan dua sesi. Ada home, ada away. Abaikan kepala bana mana yang buat rules macam tu. Sebenarnya, ia sudah bermula dari 2004 lagi. Sapa taktau, dia buta kayu.
2. AFF Suzuki Cup ini adalah adalah ‘Cup’ yang serupa dengan Tiger Cup (1996-2004), AFC Cup (2007). Dia berubah ubah mengikut sukahati duit penaja. Namun, dikhabarkan untuk AFF Suzuki Cup kali ini. Tiada seorang player pun mendapat motor Suzuki dari penaja,Suzuki Motor Corporation.
3. Dengan kemenangan semalam, Malaysia masih kekal menghuni tangga ke-144 dunia pada hari ini (30/12/2010). Masih lagi di bawah negara St. Vincent and the Grenadines, dan juga negara Chad. Sial laa, ni negara apa benda weh! FIFA akan mengubah ranking ini pada 12/01/2011.
4. K.Rajagopal adalah seorang jurulatih. Bukan seorang penyerang. Fakta ini untuk korang.. Next!
5. Harimau Malaya adalah bukan sekadar gelaran untuk pasukan Malaysia. Ia adalah betul betul harimau! Nama Inggeris beliau ialahPanthera Tigris Jacksoni, dan nama jakun beliau, Harimau Belang.
6. Satu satunya Garuda yang tinggal di muka bumi ini, adalah Garuda Airlines. Garuda yang lain, kekal menjadi logo kepada Indonesia, Thailand, Ulan Bator (Mongolia) dan juga Bengal (India).
7. Markus (Goalkeeper Indonesia), yang mana mencetuskan drama pada babak final pusingan pertama, adalah suami kepada seorang pen-drama, Kiki Amalia. Walaubagaimanapun, Khairul Fahmi (Goalkeeper kite) adalah pakwe kepada Aimie Harmelia, dua dua bukan pen-drama.
8. Persamaan laser di Indonesia dan juga Malaysia, adalah. Dua dua kaler hijau. Bukannya merah seperti yang dijual di Jonker Walk, mahupun Wakaf Che Yeh ye puan puan.
9. Dengan kemenangan Malaysia. Pak Najib 1Malaysia mengisytiharkan cuti umum pada hari jumaat. Cuti yang tidak membawa apa apa erti di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan aku..hari orientasi di sekolah baru. ye terimas.
10. Aku nak tulis panjang panjang pun bukan ada orang nak baca. Sapa nak paw, bagi credit ke link. Baru aku boleh femes juga macam blog makwe fahmi. Kahkah. Babai.
.end of lapok entry.
No comments:
Post a Comment