A cindarella story. Just in my version. Problem? :P

Pages

Thursday, December 16, 2010

Sampahhhhhhhh + sesi soal jawab formal (part one)

he he. lama tak update kan? wahahhahaha. SERONOK betul aku duduk Bangi, internet pun takdok.

aku malas gila nak apdate blog skang. yalah, astro kan lagi penting dari korang. ayam goreng yg tinggal setengah kat dapur tu pun lagi penting dari korang. eh tak tak. KORANG PENTING TAWWW!!!!WUWUWUWU siapa cakap korang tak penting. *sambil nanges teresak-esak kemudian memeluk erat laptop lalu mencium blog sendiri (ejas ciuman tepat-tepat di bahagian "followers")*. tiba-tiba ada nenek aku lalu kt belakang. takpa. tak kira. masih tetap peluk dan cium "followers" sendiri. iuk. kah kah kah.

eh dah perenggan kedua. keh keh keh. ini memang entry betul sampah. eh. ckp pasal sampah,haritu cousin-cousin aku tgk siaran national geographic. gila ilmiah. aku rasa rancangan paling ilmiah yg pernah aku tgk pn rancangan dora the explorer. tu pn tahan 2 minit setengah ja. tp takpa. sebab aku seorang yg bagus akhlak, maka aku pn join diaorg tgk sama-sama. cerita dia pasal ulat beluncas lepastu bertukar menjadi kepompong. biasa. sebagai seorang yg gadis bijak, kadang-kadang kau memang ada rasa nak tunjuk pandai kt org lain.

berbekalkan ilmu yg aku perolehi drpd rancangan dora the explorer, dgn penuh konfiden, aku bersuara separa tegas; "lepas jadi kepompong dia jadi lalat kan?". cousin cousin aku terus kerut kening sambil buat muka 'ish-meluat-la-aku-tgk-ilmu-national-geographic-kau-ni-arina!'. tanpa berlengah, masing-masing mula mengutuk aku secara bergilir-gilir. dah mcm acara lari bergilir dlm guni aku rasa. "apa kau ni arina?! teruk betul! lalat? lalat? haha!". oh eh. salah ke. demn. "lalat tu drpd ulat sampah la. ni jd rama-rama ngeng!". eleh. lebih kurang je kot. dua-dua pun boleh terbang kot. berkira kot.

lalalalalalala.

aku ada sesi soal jawab. siapa nak baca turunkan mata! gud.


Soalan 1: 153CM BERSAMAAN BERAPA METER

Jawapan: nampak tak CAPSLOCK? keh keh keh. ya. dari situ kita boleh tahu yg soalan ni urgent-sangat-sangat-tahap-kritikal-dan-boleh-membawa-sakit-kepala-hotak-ataupun-nama-kurang-saintifiknya-gila. mungkin dia salah sorang calon UPSR 2011. kau neh masa cekgu mas ajar kau buat teh tarik ke hape? eh tak baik bersangaka buruk. mungkin dia sedang cirit di tandas time cekgu mas ajar tajuk neh.

senang je dek. meh sini akak (serius muka senior!) ajar cara mudah cepat dan tepat cmne nak tuka 153cm kpd meter. mula-mula amek pensel steadler 2B, tulis besar-besar kt kad manila nombor 153. eh tak payah letak tanda "%"! kau ingat aku ajar sale tergempaaaa ape? tulis jah 153. lepastu letak titik lepas nombor 3. oke. dah? bagus. lepastu, tanpa mengangkat pensel, buat gerakan separa bulat ke kiri sebanyak dua kali. sekarang titik dah berada di antara no 1 dgn 5 bukan? ya! dah dpt jwpn! 153cm bersamaan dgn 1.53 meter! senang kan? dah boleh masuk tidur sekarang. esok bangun boleh senyum kt guru besar. math saya komperm A cek.


Soalan 2: petua menggemokkan badan.

Jawapan: Amboi kau. kerajaan siboksiboknak kurangkan globesiti, org lain semua sebuk cari petua nak kuruskan badan, kau nak cari petua gemukkan badan plak ya. pulak tu elok je sampai kt blog aku. cis betul. mmg la aku gemuk oksigen sket, tp tak semestinya aku ada petua nak menggemukkan badan. takpa. demi kau, aku cuba. meh aku siapkan jadual pemakanan utk kau. tp kena disiplin taw ikut jadual. wlpn kau bukan anak cekgu disiplin. janji oke? besfren forever yarr (ni mana plak dtg tiba-tiba neh?) lalalala~


11 pg: bangun pagi terus pergi beli nasi lemak (siapa ckp pukul 11 pg dah tade org jual nasi lemak? macik senah yg meniaga kt simpang tiga hujung Jalan Wawasan tu jual sarapan sampai pukul 12 taw). beli 2 bungkus nasi lemak lauk telur mata dgn ayam goreng. lepastu kau mkn sorg-sorg. jgn kongsi dgn bf atau anak jiran depan rumah atau kwn yg suka kutuk belakang atau macik senah td. faham?

12.30 tgh hari: wlpn dah kenyang, lunch tetap kena amek. lunch kita makan westernize sket la eh. pergi restoran village view, order nasi goreng USA. mcm biasa, mkn sorg-sorg. say no to sharing. belia benci sharing. faham lagi?

4.30 ptg: tea time! nama ja tea, tp kau jgn nak ngade-ngade minum teh ja. apa barang. melayu betul. pergi kedai talib laris, beli pisang goreng 12 ketul, keropok lekor 6 ringgit, dan cekodok pisang 6 ketul. baru klas. makan semua sorg-sorg. kalau ada org minta, ckp cmni "hidup kau kalau tak menyusahkan org tak boleh ke?"

8.30 mlm: makan malam kita masak sendiri la eh? eh. tak payah la. hari ni hari rabu. pergi pasar malam ah. attire tolong jaga oke. jangan berpakaian seperti gadis-gadis kilang berlagak seksi yg mengamalkan konsep Yang Penting Tubuh dan bukan Yang Penting Rupa. sampai-sampai pasar malam boleh kasi sedekah kt pacik buta yg tengah main alat muzik sambil menyanyikan lagu maher zain. peh. up-to-date kot pacik. dah kau tak payah la nak sing along plak lagu maher zain dgn dia. jalan cepat! bila nampak kedai nasi ayam azah, singgah beli sebungkus. jalan lg nampak kedai roti john zek zack, singgah beli 2 bantal. selimut tayah. kah kah kah. tak kelakar. jalan lg jumpa kedai ayam uncle bob. nononodun punk with my heart~ (aku tau lah peas tu berkhasiat tapi takyah lah nyanyi lagu mata peas hitam) ayam goreng uncle bob?tak payah beli. dia cakap ayam dia tade lemak. gagal misi kita nnt. jalan terus beli rangka ayam, tongkek ayam, sosej ayam, semua lah yg berminyak dan berminyak. ataupun berminyak. kau beli ja semua. lepastu kau melantak la semua.

9.00 mlm: cuci muka gosok gigi basuh kaki gosok-gosok perut buncit tepek-tepek krim kecantikan safi, terus tidur!

boleh ikut jadual ni beserta berpegang teguh pada konsep 'bersenam? mana ada masa. sy penat lah. sy malu lah'. insyaAllah, kurang 6 bulan, kau akan berjaya menambahkan berat badan kau. dah gemuk nnt jgn nak ngade-ngade beli Jusmate 5 plak. aku pos tapak kaki aku kang.




sekian sahaja utk sessi soal jawab kali neh. semoga kita berjumpa lg nnt. akhir kata, majulah Arsenal utk EPL (tiba-tiba). kah kah kah. saja nak bakar peminat-peminat Chelsea (liyana sahaja), Liverpool (rakanku esha), Tottenham (apek paper lama), dan Man u (kampung dlm kelas aku tu). dah bye!

.end of entry.




No comments:

Post a Comment