Sunday, November 25, 2012
Zil yang serabai.
Aku rasa last aku promote blog aku masa jah enam. Tu pun promote dekat kawan2 terdekat je. Lepastu lekat link blog kat dinding fesbuk dengan harapan ada la orang nak follow blog cikai aku ni. Tapi tu dulu. Sekarang aku tak nak ramai sangat tau kewujudan blog aku ni. Dahlah aku buat blog ni dari darjah lima (tak silap aku la) kalau tgk entri yangaku buat masa aku muda muda dulu, pergh kalau badan aku muat masuk toilet bowl, dah lama aku flush badan aku ni. Malu tahap dewa la katakan. Tapi serious. Kalau boleh aku taknak la mana mana yang rapat dgn aku dok stalk blog aku. Kalau diorang pergi sebarkan link blog aku ni tak ke naya? Dahlah aku banyak kutuk orang. Banyak entri perasan comel pulak tu. Dahlah blog serabai semacam. Takde blink blink butterfly yang selalu kat blog pompuan lain. Takde unsur kewanitaan langsung. Dengan itu janganlah korang sebarkan link aku ek (ini valid untuk orang yang jumpa aku hari hari saja). Yang tak berapa nak kenal tu, jemputla follow eh. Aku bukan apa. Mana tau kalau mana mana anak raja dah berkenan dengan aku yang ayu ni (ayu lah jugak) kalau jumpa blog serabai aku ni takke bala namanya?
Saturday, November 24, 2012
Keputusan aku muktamad!
Assalamualaikumwarahmatullah. Aku sekarang kat rumah ana. Dah seminggu lebih kat sini. Membawa hati yang lara. Mencari ketenangan. Tengah jauhkan diri dari manusia yang dikenali. Biarlah aku disini. Biarlah aku cari ketenangan aku. Biarlah. AHAHAHAHAHHA AKU DAH KENAPA DO. Geli pulak aku menulisnya. Aku rasa aku tau kenapa tiba tiba aku jadi minah jambu tetibe. Kalau korang nak tau, selama lapan hari kat rumah ana ni dah dlm 5 novel aku habeh baca. Semua jiwang. Bayangkan la satu novel tebal tu, aku ambik masa dua hari je baca. Tapi aku memang tabik spring habis la kat penulis novel yg sorang ni, Siti Rosmizah. Aku dah baca Andai Itu Takdirnya, 7 Hari Mencintaiku, Lafaz Kalimah Cintamu (sipnosis je la tapi) semua aku nangis. Kalau nangis setakat keluar air mata tu boleh lagi. Ni kalau tak keluar hingus tak sah. Serius kagum. Memang feeling habis aku baca. Hahaha habisla.......................... Tapi kan. Aku rindu nak balik rumah sebenarnya. Tapi malas-malas kucing.
Ah lantaklah. Mari kembali ke pangkal jalan. Bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cakap.....aku....aku... aku rasa aku perlu tukar cita-cita kot. Pernah tak aku cakap dgn korang yang aku nak jadi pilot? Aku mmg nak jadi pilot. Gaji mahal. Baju smart. Best, dpt terbang. Last year aku kan ulang alik KL-Kuching-KL-Kuching. Berbelas kali la jugak aku naik flight tahun lepas. Tetiba aku tergerak hati nak jadi pilot. Haritu masa exam ada soalan karangan surat kiriman tidak rasmi pasal cita cita. Aku pun konfiden la tulis pasal aku nak jadi pilot. Sampaila sabtu lepas humaira tanya aku.
"Kak Arina, kak arina nak jadi apa besar nanti?"
"aaaa pilot"
"pilot tu ape kakak arina?"
"driver kapal terbang!"
"ooooo. kakak tanyalah humaira nak jadi apa"
"maira nak jadi apa?"
"humaira nak jadi ustazah!"
"Alhamdulillah."
Sejuk hati aku budak lima tahun ni dah ada cita cita mcm tu. Hehe. Tapi tetiba kak anis menyampuk. "Bukan arina rabun ke arina?" aku tetibe frust. haha. macam mana nak jadi pilot ni weh :(
Tapi bila aku fikir fikir rabun ni pun ada jalan penyelesaiannya. Aku dah terfikir nak tambahkan kuantiti pengambilan carrot dalam pemakanan harian aku. Dah terbayang.... pagi kek carrot...tengahari sup carrot....petang carrot goreng... malam bubur carrot........tetiba aku terbayang coklat carrot. Eh? Ah lantaklah. Asalkan vitamin tu cukup nak baikkan mata aku. Takpun pakai je la lens mcm aku selalu pakai. Haaaa oke boleh boleh.
Tapi ada lagi satu masalahnya.Besar la jugak. Aku ingat aku dah tak gayat masa naik menara taming sari kat melaka haritu. Tapi bila main main kat waterworld icity haritu start balik gayat aku tu. Korang boleh terima tak kalau aku cakap aku nak jadi pilot tapi aku gayat. Boleh tak?
iCity waterworld ni baru bukak. Tapi best. Korang pergi la situ. Sumpah awesome. Gelongsor dia dah lah best. Pelampung takyah sewa. Abang abang lifeguard hensem pulak tu! Tapi ada satu game ni la. Orang panggil Tornado Ride. Jap aku google
Way up there: Riders on the Tornado
will be sliding on a tube raft down a steep 160-foot water tunnel, connected to
a seven-storey, 45 degree-incline funnel.
THE much-awaited Tornado ride at the state-of-the-art WaterWorld in i-City, Shah Alam opens today, coinciding with the year-end school holidays. Sumpah best. Tapi kalau korang jenis lemah semangat takyah naikla. nampak je tak seram. Tapi extreme gila aku cakap. Haha terserlahnya kemalasan aku dah kopipes malas nak tukar font
ok dah tukar hahaha. gelongsor tu tinggi. Kena bawak pelampung sebesar tikar rumah aku sampai ke atas pulak tu. Masa aku berdiri kat atas tu lama lama la yang buat aku tetiba rasa nak nangis sbb gayat sangat. hahahhaha macamtu lah cerita dia.
So, conclusion kepada karangan aku kali ni aku tak jadi la jadi pilot. Nak carik cita cita lain. Penjual burger? Bussinesswoman? Pengusaha kambing? Fashion designer? Lecturer? Biar la Allah yang tentukan takdir hidup aku. Assalamualaikum bye

Friday, November 16, 2012
3 Fakta Cik Zil Yang Mungkin Korang Tak Tau Part II
Hi! (harini aku boring aku sambung je la terus ek?) Entahlah. Aku rasa cuti aku kali ni mcm best ja, Padahal tak pegi mana mana pun. Nak main main kat USS pun entah jadi ke tidak. Hentam la labu. Mungkin sbb aku dah penat. Sepanjang tahun ni, banyak sangat dah benda yang aku dah lalui. Aku mengaku la tahun ni paling aku banyak menangis. Problem family aku, problem bestriend aku, problem pakwe, problem kucing aku dan problem kakak jual reload kat depan rumah, semua buat aku serabut sepanjang 2012. Aku ada dua bulan je nak relax. Nak duduk jauh dari orang yang aku kenal. Dua bulan ni aku tanak serabutkan kepala aku baca buku. PMR next year. Jadi aku start belajar next year la jugak ek? Dua bulan ni aku kalau boleh taknak contact sapa sapa kawan aku kat sarawak. Bukan tak suka. Bukan benci. Aku sayang diorg. Sayang sangat. Tapi entah kenapa. Aku sepatutnya selesa dgn diorg tapi aku rasa mcm aku masih tak diterima. Macam aku masih orang luar. Orang dari KL yang baru pindah masuk, padahal dah nak masuk dua tahun aku dgn diorg. Ni la yg buat aku sedar, dulu aku bnyk sgt bergantung dgn arwah. Ke mana arwah pergi, situ la jugak muka aku korg tengok. Tapi korang tau kan, aku dah ada kat blog ni since aku darjah lima kot. Walaupun aku cepat nangis, aku ada pendirian yg kuat. Aku kuat. Muka aku dah jarang gila online twitter ngn fesbuk sebab nak jauhkan diri dari diorang. Lagi lagi lepas entah apa mimpi encik ex iaitu captain thambi active balik kt twitter. haha.
Tapi Alhamdulillah, di sisi makanan dan keluarga aku tenang.
Hidup ni umpama layang-layang. Kadang-kadang.....
err rasanya tak payah nak terapkan unsur kuch kuch hotahe sangat kot. Ok aku nak sambung entri aku yg lepas. 3 Fakta Cik Zil Yang Mungkin Korang Tak Tau, Part Two :D
4. Aku nak sangat bela kuda.
Aku taktau la korang tau ke tak tapi kalau korang mmg rapat gila babi dengan aku mmg korang tau. Dari kecik aku ada simpan angan angan nak bela kuda. Dari kecik aku ckp ngn mama ngn abah aku kalau birthday aku aku nak kuda. Aku memang minat binatang. Dari kecik aku memang dididik untuk sayang binatang. Kalau orang pukul kucing aku pakai selipar aku baling selipar kat muka dia. Dari kecik aku amalkan prinsip hidup "i dont care you're a makcik or a datin, you kacau kacau my cat, you die die" Aku ada kucing, aku ada ikan, aku ada tortoise, aku ada burung, ayam pun aku pernah bela. Tapi last last atuk aku sembelih, mama masak kari (ayam aku sedap dohh) Ciri ciri penyayang aku korang boleh detect masa aku nangis masa ikan aku mati. It was parrot fish, tu lah ikan pertama yg aku bela. Nama dia koko. Entah apa masalah dia petang tu aku tengok dia berenang terbalik. Bapak aku cakap dia mati. Aku punyalah sedih. I cry till I sleep tau :') lepastu esok pagi aku melantak nasi beriani kambing mcm org tak makan tiga hari haha ambik kau. (menangis menggunakan banyak tenaga taw. Tu belum masuk tenaga memukul bantal. hewhewhew) Sebenarnya dari kecik aku nak jadi doktor haiwan, tapi bila fikir tidakkesanggupan aku untuk membedah babi, jadi pilot je la. Semua binatang yang layak dipelihara aku dah pelihara. Kuda je belum. Tapi serious. kalau ada rezeki, besar nanti aku betul betul nak bela kuda. Lepas pencen nanti, jalan jalan naik kuda dengan hubby tercayunkz. soo suwittt :'D
5. Aku suka membaca.............dalam tandas.
Luar tandas:
Dalam tandas:
Hahaha oke ni lawak siket. I tend to think more dalam toilet tau tak. Kalau tengah mandi mmg bnyk gile benda nak kena fikir, aku fikir apa nak buat lepas ni, apa aku sepatutnya cakap masa gaduh tadi, apa yang aku nak beli, remy ishak dah makan ke belum, jiran sebelah rumah bila nak beranak, semua aku fikir masa mandi. Aaaa aku rasa bukan aku sorang mcm tu? Korang pun mandi dekat dekat satu jam kan? Haa. Tapi aku kalau berak aku suka baca. Kalau musim exam tu, buku sejarah lah paling selalu aku bawak masuk. Sambil berak sambil hafal. Kalau musim takda exam, lawak kampus. Sambil berak sambik gelak. Tak lawak kampus, bawak masuk phone, twitter while berak. Kalau dah tak ada barang nak baca langsung, baca ingredients belakang shampoo pun jadi la.
6. Aku la orang paling comel dekat asia tenggara.
Ala fakta ni takkan korang tak taw kot? hahahahhahahahahaha oke sebelum korang baling acid kat muka aku baik aku blah. Selamat malam!
btw hi hanisssss :D haha
Ala fakta ni takkan korang tak taw kot? hahahahhahahahahaha oke sebelum korang baling acid kat muka aku baik aku blah. Selamat malam!
btw hi hanisssss :D haha
Subscribe to:
Posts (Atom)