A cindarella story. Just in my version. Problem? :P

Pages

Friday, November 16, 2012

3 Fakta Cik Zil Yang Mungkin Korang Tak Tau Part II

Hi! (harini aku boring aku sambung je la terus ek?) Entahlah. Aku rasa cuti aku kali ni mcm best ja, Padahal tak pegi mana mana pun. Nak main main kat USS pun entah jadi ke tidak. Hentam la labu. Mungkin sbb aku dah penat. Sepanjang tahun ni, banyak sangat dah benda yang aku dah lalui. Aku mengaku la tahun ni paling aku banyak menangis. Problem family aku, problem bestriend aku, problem pakwe, problem kucing aku dan problem kakak jual reload kat depan rumah, semua buat aku serabut sepanjang 2012. Aku ada dua bulan je nak relax. Nak duduk jauh dari orang yang aku kenal. Dua bulan ni aku tanak serabutkan kepala aku baca buku. PMR next year. Jadi aku start belajar next year la jugak ek? Dua bulan ni aku kalau boleh taknak contact sapa sapa kawan aku kat sarawak. Bukan tak suka. Bukan benci. Aku sayang diorg. Sayang sangat. Tapi entah kenapa. Aku sepatutnya selesa dgn diorg tapi aku rasa mcm aku masih tak diterima. Macam aku masih orang luar. Orang dari  KL yang baru pindah masuk, padahal dah nak masuk dua tahun aku dgn diorg. Ni la yg buat aku sedar, dulu aku bnyk sgt bergantung dgn arwah. Ke mana arwah pergi, situ la jugak muka aku korg tengok. Tapi korang tau kan, aku dah ada kat blog ni since aku darjah lima kot. Walaupun aku cepat nangis, aku ada pendirian yg kuat. Aku kuat. Muka aku dah jarang gila online twitter ngn fesbuk sebab nak jauhkan diri dari diorang. Lagi lagi lepas entah apa mimpi encik ex iaitu captain thambi active balik kt twitter. haha.
 Tapi Alhamdulillah, di sisi makanan dan keluarga aku tenang.

Hidup ni umpama layang-layang. Kadang-kadang.....

err rasanya tak payah nak terapkan unsur kuch kuch hotahe sangat kot. Ok aku nak sambung entri aku yg lepas. 3 Fakta Cik Zil Yang Mungkin Korang Tak Tau, Part Two :D


4. Aku nak sangat bela kuda.
Aku taktau la korang tau ke tak tapi kalau korang mmg rapat gila babi dengan aku mmg korang tau. Dari kecik aku ada simpan angan angan nak bela kuda. Dari kecik aku ckp ngn mama ngn abah aku kalau birthday aku aku nak kuda. Aku memang minat binatang. Dari kecik aku memang dididik untuk sayang binatang. Kalau orang pukul kucing aku pakai selipar aku baling selipar kat muka dia. Dari kecik aku amalkan prinsip hidup "i dont care you're a makcik or a datin, you kacau kacau my cat, you die die" Aku ada kucing, aku ada ikan, aku ada tortoise, aku ada burung, ayam pun aku pernah bela. Tapi last last atuk aku sembelih, mama masak kari (ayam aku sedap dohh) Ciri ciri penyayang aku korang boleh detect masa aku nangis masa ikan aku mati. It was parrot fish, tu lah ikan pertama yg aku bela. Nama dia koko. Entah apa masalah dia petang tu aku tengok dia berenang terbalik. Bapak aku cakap dia mati. Aku punyalah sedih. I cry till I sleep tau :') lepastu esok pagi aku melantak nasi beriani kambing mcm org tak makan tiga hari haha ambik kau. (menangis menggunakan banyak tenaga taw. Tu belum masuk tenaga memukul bantal. hewhewhew) Sebenarnya dari kecik aku nak jadi doktor haiwan, tapi bila fikir tidakkesanggupan aku untuk membedah babi, jadi pilot je la. Semua binatang yang layak dipelihara aku dah pelihara. Kuda je belum. Tapi serious. kalau ada rezeki, besar nanti aku betul betul nak bela kuda. Lepas pencen nanti, jalan jalan naik kuda dengan hubby tercayunkz. soo suwittt :'D 

5. Aku suka membaca.............dalam tandas.

Luar tandas:                                                   














Dalam tandas: 
 

Hahaha oke ni lawak siket. I tend to think more dalam toilet tau tak. Kalau tengah mandi mmg bnyk gile benda nak kena fikir, aku fikir apa nak buat lepas ni, apa aku sepatutnya cakap masa gaduh tadi, apa yang aku nak beli, remy ishak dah makan ke belum, jiran sebelah rumah bila nak beranak, semua aku fikir masa mandi. Aaaa aku rasa bukan aku sorang mcm tu? Korang pun mandi dekat dekat satu jam kan? Haa. Tapi aku kalau berak aku suka baca. Kalau musim exam tu, buku sejarah lah paling selalu aku bawak masuk. Sambil berak sambil hafal. Kalau musim takda exam, lawak kampus. Sambil berak sambik gelak. Tak lawak kampus, bawak masuk phone, twitter while berak. Kalau dah tak ada barang nak baca langsung, baca ingredients belakang shampoo pun jadi la.

6. Aku la orang paling comel dekat asia tenggara.
Ala fakta ni takkan korang tak taw kot? hahahahhahahahahaha oke sebelum korang baling acid kat muka aku baik aku blah. Selamat malam!

btw hi hanisssss :D haha

3 Fakta Cik Zil Yang Mungkin Korang Tak Tau Part I






 Aku ni kalau bab bab nak perkenalkan diri tu, aku la orang paling noob dalam dunia. Entahlah. Aku menyampah betul kalau orang add aku kat fesbuk orang dok "Hi thanks approve pretty. Mind intro?" Ish pantang betul. Aku pun terpaksa la "hi ugly ladeyhh. aku la org paling comel kat asia tenggara. problem?" kah kah kah. kalau nak diikutkan aku memang nak cakap macam tu tapi bila mengenangkan aku seorang pelajar yang mengambil paper agama islam (dan dapat A pulak tu) takkan la aku nak kurang ajar dengan orang kan. Jadi aku pun jawab la leklok sikit. 

Tadi disebabkan harini hujan, aku pun tibe tibe rajin nak tulis karangan biografi aku sendiri (walaupun aku tak tau apa connection antara hujan dan blogging) aku pun pegi sini laju laju. wakakaka.
Okay balik ke pangkal jalan. harini aku nak bagitau korang 5 benda yg korang mungkin dah lupa atau mmg tak tau langsung pasal aku.



1. Imma proud belieber <333 b="b" nbsp="nbsp">nebeh say nebeh baby xoxoxo
Dulu aku minat gila bieber kot. Walaupun suara dia ada iras iras misha omar. alaaa biasala laki belum matang memang la mcm tu do. dulu masa org ckp bieber gay aku punyalah geram sampai aku sorok dlm bilik menangis sorang sorang sambil pukul pukul bantal. haha oke itu tipu. Aku tak pernah menangis sbb bieber. Dulu lagu dia sumpah aku layan. Baby, Eenie Meanie, Never Say Never, One Less Lonely Girl, Down To Earth, kau cakap ja. Sekarang, sorry to say la. Lagu dia best, tapi aku tak layan la bro. As long as you lolololololololoolololo ah menyampah. Aku rindu bieber yang dulu aku tak tipuuuuuu







2. Aku jiwang. 
Korang percaya? Yes? No? haha aku memang jiwang. Orang pertama yang berjaya buat aku jiwang, captain thambi. Tapi lepas semua benda yg dia buat kat aku, aku mcm dh tak dpt nak rasa pape. Mula mula tu memang la emo emo, rasa mcm tak dpt nak move on, tgk dia dgn gf baru dia tak sah kalau tak nangis apa semua kan. Tweet pun semua love love. Tapi tetibe aku rasa mcm.........tak rasa pape. Happy tak, emo tak, lapar pun tak. Macam, takdepape berlaku. Orang ckp aku takde perasaan. Taklah. Bukan takde perasaan. Aku punyalah menangis terguling guling atas carpet baru makcik aku haritu sbb aku tengok ada anjing mati tepi jalan. Tu maksudnya aku masih ada perasaan. Tapi kalau dengan laki, tak kot. Mana mana laki pun, sikiiiiit pun takde rasa. Ala biasa la tu. Lagi pun aku baru form two takyah la nak fikir sgt  psl benda benda ni ye tak? Aku kalau boleh aku taknak terpengaruh ngn kawan sebaya aku. Diorg mcm tak boleh tahan single do. Padahal masih sekolah. To be honest, selama 14 tahun aku hidup, dua laki je yg pernah aku suka. First, rasanya korang tau kot. Zarul. Second, captain thambi. Tapi captain thambi tu la first pakwe aku hahahha. Tapi bila fikir fikir lawak gak. Lepas aku ngn CT break, aku terus tak layan mana mana laki. Aku ingat lagi haritu, ye ye sorg laki ni nak tackle aku. Form 4, pagi petang siang malam text aku. Bila tak reply dia topupkan. Malam sebelum tido, dia call. Nyanyi, main ukulele semua. Tapi aku tak dpt nak cair.... haha. bukan sbb aku setia dgn captain thambi eh, tolong sikit. Aku mmg sayang dia. Tapi kalau dia datang balik pun tak mungkin aku nak terima dia balik. Sebab aku benci this kind of thing. Aku masih sekolah, suka tu boleh la. Tapi kalau nak cakap pasal cinta, aku masih tak layak. bye



3. Remy Ishak ke Adi Putra ek?
Aku ada banyak husband sebenarnya. Hyun Joong, Sharnaaz Ahmad, Awal Ashaari, Lee Min Ho, tapi entah kenapa aku paling sayang dua org ni, remy ishak dgn adi putra. jap tengok gambar sikit 
Husband ku bersama madunya

wakakakaka. caption tak boleh bela. Tapi bila aku tengok adi putra dlm cerita Tentang Dhiya pergh. Aku...aku...bagai sudah terkena..hati gembira rasa.........jahatnya kamu.... kah kah kah. Tapi serious. Adi Putra! woaini!! Dia~ Dia yang ku chenta~~

Bila..dia... mendekati diriku....Hatiku rasa sesuatu........... kah kah kah

Oke aku paling benci lagu ainan tasneem. Serious aku benci, benci. hahahha oke dah mama buat pancake. Bye!

Tuesday, November 13, 2012

Last Post from Zil Hayatul Arina, Jully 2011.

*bersihkan habuk*

Dengan muka teruja aku pun update la blog aku ni. Bukan niatku utk mengabaikanmu~ ahaha. 
bukanla weh. Serius aku busy. Nak tengok tv pun aku takde masa apatah lagi untuk menulis karangan untuk korang. Baik aku baca buku teks geo aku. Tapi disebabkan dah cuti sekolah, apela salahnya aku tulis seperenggan dua ye tak. alololo aku tau korang rindu aku (entah ade ke tak org lagi yg dtg melawat tsk tsk tsk)

Last post, July 2011.

Dah lebih setahun aku tinggalkan blog. Aku budak sekolah. Tak banyak free time. Tapi dalam masa setahun tu... banyak gila benda dh jadi dengan aku. Dalam setahun tu aku rasa aku lain dari zil yg dulu. Yang happy. Yang tak berapa kisah dengan dunia sekeliling dia. Lain. Dalam setahun tu, aku hilang org yg paling aku rapat dkt sekolah. Allah lebih sayangkan Alyanur. Dalam setahun tu, aku kenal dengan lebih banyak orang. Dalam setahun tu aku dh jumpa org yg bukak hati aku, aaa maksud aku first pakwe of my life. ahahaha cliche tak ayat aku. Tapi dalam masa setahun aku tinggalkan blog tu jugak org tu tinggalkan aku. Dalam masa setahun tu....aku bukan zil yg korang kenal. Sebab aku dh jadi zil yg lama balik la aku tetibe teringat password blogger aku. kah kah kah ok aku taknak emo depan korang. malu tsk tsk tsk hahaha

Korg tau tak. Time aku pindah Sarawak mula mula dulu, takde siapa tau susah aku. Nangis seliter dua sbb susah sangat nak biasakan diri. Aku rindu daf. Aku rindu Aqiff. Aku rindu liyana. Aku rindu amira. Aku rindu cikgu azerai. Semua orang aku rindu. Sebab aku rasa seumur hidup aku, tahun paling aku suka, 2010. Tahun UPSR aku. Entah. Aku syg sgt kt diorg. Tapi dh tiga empat bulan kt kuching, aku okay. Sebab ada orang orang yg dpt support aku. Allahyarhamah Alyanur, Nasya, Aiza, Demy, Steph, masa tu diorg aku mcm kwn diorg yg lain je walaupun aku ckp Bahasa Sarawak dulu agak hodoh bunyinya. Hahaha. 
Dulu aku pergi mana2 je mesti dgn Alya. Sebab kitorg dua pengawas. Aku setuju nak jadi pengawas pun sebab dia la. Kitorg jaga gate sama2, jaga canteen sama2, keluar awal dari kelas agama sama2, semua sama-sama. Tapi aku sedar aku terlalu bnyk bergantung dgn arwah bila arwah pergi. Arwah meninggal sbb apendix. Doctor lambat detect. Tapi apa nak buat. Kun fa ya kun. Allah dh tulis. Lepas arwah pergi, aku rasa lain sgt. Walaupun aku ada nasya, aiza, kawan2 aku yg lain, aku tak pernah rasa complete. Selalu aku jaga sidegate dgn dia, tapi kali ni aku sorang sorang. Kali ni aku sorang sorang. Dalam kelas perdagangan pun aku sorang sorang. Sebab kitorg dua je perempuan islam dalam kelas PK. Yang lain semua ERT.  Aku taktau macam mana nak tulis macam mana sakitnya aku masa tu. Kalau korang pernah hilang orang yang selalu ada untuk korang baru korang dapat feel feel sikit apa yg aku rasa. Sakit. Sakit sangat.

Tapi org ckp  time heals the pain. Dalam masa beberapa bulan tu aku dpt pulihkan semangat aku, join netball, join softball. semua benda aku join. (anda berada di perenggan yg hepi sila kesat air mata anda) Aku kenal sorg budak ni. Well let's just call him captain thambi. Dia tak hensem mana. Nak cakap aku jenis org yg "I tak kisah you punya rupa. Yang penting you baik" pun tak jugak sbb captain thambi tu pun tak baik org nya. Ponteng kelas, rokok, pendek kata mmg ada bakat nak jadi gangster antarabangsa la. Tapi masa aku sedih, dia la yg tolong hepikan aku. Malam masa aku dah nak tido tu, dia la yg nyanyi untuk aku. Masa aku belajar sorg2 kat sekolah, dia la tolong temankan aku, Entah. Aku rasa masa tu mcm kalau takde dia aku jadi tak betul. haaa nampak tak. Masa tu aku bukan zil yg korang kenal. Entah masa tu dia mimpi  apa sampai boleh angau camtu. Dah dua bulan lebih setiap malam otp, tetiba dia confess. Dia lain. Dia tak mcm laki lain. Aku taktau mcm mana nak cerita tapi kalau korg jadi aku pun korg mesti jadi mcm aku.ba dum tsss. zil is not single for the first time. Cerita sepanjang aku dgn dia, aku taknak cerita. Aku taknak ingat pun. Kalau aku ingat nanti tiba tiba aku jadi zil mcm dulu balik. Yang "macam mana aku nak lupakan dia ni :(" tu. Aku kan kuat. Buat apa aku ingat dia balik. Kalau dia jatuh terguling guling dkt canteen pun aku tak sudi nak gelak.  Sebab aku mintak break tu biarlah rahisa. Yang pasti captain thambi tu mmg bukan untuk aku. He deserves better, a lot more than me. Tapi boleh tak aku buat confession berani mati sikit? aku masih sayang dia. Aku bukan nak dia balik tapi aku masih sayang dia. Ala sayang je. Nanti hilang lah sayang tu ye tak? dah. SEMUA ni cerita lama. Let bygones be bygones~

Aku nak teruskan impian aku nak kawen dgn Kim Hyun Joong lepastu ada anak lepastu buat rumah dekat atas bukit lepas tu bela kuda sendiri. tss harapan apakah itu. Haa........rapan. Harapan menjadi laaaayuuuuuu. kah kah kah.

Nah gambar husband aku. Bye



Eh aku suruh tengok ja. Tak payah nak save bagai. Dah pergi main jauh jauh. hahaha bye! :*