A cindarella story. Just in my version. Problem? :P

Pages

Wednesday, December 26, 2012

Thanks, 2012.



Assalamualaikum. Jadi macam tu lah cerita dia. Aku kena balik KCH jumaat ni. Birthday ana tapi.. kena balik :( Its 26/12/2012. Dah nak habis pun tahun ni. Goodbye 2012. 2012 jahat. Sangat jahat. Tapi bila ingat balik betul betul, banyak sebenarnya kenangan best best. Di mana kelas aku masuk pertandingan sketsa patriotik, kitorang buat sketsa sarjahan hassan dan aku Salmah. Orang yang cuba menghalang Hassan dari pergi berperang. Awwhhhhhhhhhhh hahahahha. Lepastu pertandingan koir pulak, aku paling tengah. Kitorang nyanyi lagu yang Gemuruh suara~~~ ala yang iklan ada budak kecik dalam bas nyanyi feeling  mcm ning baizura tu. Kan ada part rap kan? Well masa tu...aku yang........ tak aku tak rap. Kitorang tak buat rap. Kitorang slow kan lagu, then I start to do the sajak. And... aku tak ikut script. Aku lupa. So aku main hentam kromo apa aku nak cakap. Kalau nak diikutkan skrip sebenar macam ni :
That is my handwriting and aku buat sajak tu satu jam sebelum kitorang naik atas pentas. and when the time comes,satu benda aku tak ingat.Tapi ayat pertama aku cakap "Jangan engkau jatuh!" but then tetibe mic jatuh. Epic. ayat lain yg aku cakap ummm tak ingat. hahahaha.

Lepastu aku join national girls guide camp. November. Itu lah camping paling best seumur hidup aku. Aku wakil pandu puteri untuk Sarawak. Hari hari aku tido dengan fizah dgn teha. Aku dah kenal diorang masa camping dekat Sarikei haritu. So, mana mana aku pergi, mesti ada diorang. Mana mana diorang pergi, mesti ada aku. Kitorang fly dari Sarawak ke Melaka. Best sangat. Tapi malangnya masa tu musim hujan. First night je dpt tido kat dlm khemah. Next day, next day, next day (kitorang camping 4 hari 3 malam) semua tido dalam dorm. The highlight of the camp is, explorace. kitorang terpaksa beroppa gangnam style dkt tengah2 kedai cendol untuk jual satu paket gula melaka. kitorang kena jual benda tu untuk dapatkan clue seterusnya. Itu benda paling memalukan yg aku pernah buat. menari dkt tengah tengah kedai cendol. haha. lepastu malam tu, aku pakai costume orang ulu, kitorang dari sarawak punya persembahan, tarian orang ulu. kira tiba2 aku famous malam tu. Semua nak ambik gambar dengan kitorang. Lepastu aku yg langsung tak pandai mengayuh basikal, tetiba pandai masa cabaran berbasikal. Dahlah naik turun bukit, masuk hutan, kena bawak dalam air pulak tu. Aku taktau la mcm mana aku boleh tiba tiba pandai. Mula mula naik, jatuh. naik, jatuh. Aku dkt belakang sekali dgn sorang abang ni. Abang tu pnya lah bagi semangat kat aku. last last dapat jugak aku join. Cuma masa dah offroad tu, aku langgar pokok smpai semua orang menjerit takut. masa tu ak mcm HAHAHA HI SAYA ZIL SAYA LANGGAR POKOK BYE. maluuuu hahaha

Ok jap. Aku tadi sebenarnya nak mengutuk semua yg sakitkan hati aku sepanjang 2012. But I ended up telling you my wonderful memories. Betul lah kan? Apa guna ungkit benda lama. Apa guna ungkit benda yang menyakitkan. Apa guna berdendam dgn org. Tak guna aku cakap aku forgive and forget dah. Padahal hampir setiap malam aku meratapi benda yang tak sepatutnya. So, 2012 pun dah habis, i want to let go of everything. Ending my endless sadness and frustration. Kali ni betul betul. Aku just nak focus dgn study, jadi anak yang solehah, and yg penting, sentiasa ada dkt jalan Allah. So yeah, mungkin lepas ni, aku akan stop blogging for maybe a year, sampai aku habis PMR. tapi janji aku, aku takkan tinggalkan blog ni. See you soon, Cindazilla. or Senget Itu Style. Thanks for everything, 2012.

p/s: Semoga next entri aku akan umumkan keputusan PMR yg cemerlang, amin. Assalamualaikum.

Monday, December 24, 2012

emotional entry at 3:22 am

Memang aku mcm ni. Orang yg cepat leleh, nangis tak tentu pasal. Tapi orang kena faham. Sekali aku nangis tu aku memang dah tak tahan. Aku kalau sedih, aku boleh tahan nangis. Kalau aku marah, geram, I can't resist. Sebab tu la orang cakap, kita tak boleh simpan sakit, pendam marah sorang sorang. Tapi aku tak dapat nak ikut cakap orang. Kalau aku marah aku diam. Kalau kecik hati aku diam. Kalau geram aku diam. Aku lebih suka diam. Mengamuk...bila betul betul marah je. Sebab tu lah timbul kes adik yang tak pernah hormat aku sebagai seorang kakak walaupun beza umur tiga tahun. Yang tak pernah panggil aku dgn nama "kak arina" tapi "Arina" je. Yang layan aku macam aku lagi muda dari dia. Yang selalu cari kesalahan aku dan tunjuk kat semua orang. Yang tak pernah rasa bersalah jerit-jerit perkataan yang tak sepatutnya kat aku.  Yang tak boleh share barang sikit pun dengan aku. Entahlah. Mungkin sebab perangai aku yg terlalu kebudak-budakan yang buat dia jadi macam tu. Aku bukan pemarah. Jadi dia dengan sukacitanya pijak kepala aku. Tapi tolonglah faham. aku ada perasaan. Aku tak marah, aku sakit. Sakit sangat. Aku rasa sakit aku harini bukan sebab adik aku je kot. Takkan sebab adik tengking pun nak nangis sampai berjam? Tak logik betul. Dah pukul tiga pagi pun. Aku rasa macam nak peluk orang, cerita semua benda yang aku nak cerita. Benda yang aku tak dapat nak cerita kat sini, benda yang aku tak tau pun macam mana nak cerita. My worries are all about people (used to be) around me. Mungkin aku perlu belajar jadi orang yang tak kisah. Bila aku tak kisah, aku tak sakit hati. Sekarang, I think I just care way too much. Aku penat. Penat sangat. 24/12/12. 3:22 am.

Saturday, December 22, 2012

Lowngat weh lowngat.

Assalamualaikum. Entri lepas yg crash tu, biarlah crash begitu saja. Aiman suka mawar. Tu je yang korang perlu faham. Hahaha. Let bygones be bygones? Yeay. Oh harini 21/12/12. They said its the end of the world. Timeline harini lah paling annoying. "NASA said blablabla so scared :(" Ada pulak yg dok tweet "Mana kiamat weh mana mana?" Rasa nak bakar rumah si empunya tweet. Amal korang ni dah cukup ke kalau kiamat harini pun? Ingat, kun fa ya kun. Daripada korang tweet bukan bukan, you should take your time, musahabah diri, and tuntut ilmu sebanyak mungkin. Kalau maths A plus plus ilmu agama zero pun tak boleh jugak kan?

Dan. Oh. dalam tujuh hari lagi aku balik Kuching balik Hidup mcm biasa. Buku, buku, buku. belajar, belajar, belajar. Menternak ilmu. Aku kena score jugak PMR kali ni. Aku mesti. Kalau tak, tak balik KL langsung kot. Bukan, bukan tak suka Kuching. Ok la disebabkan aku tak kasitau link blog ni kat sesape since last year, aku buat pengakuan berani mati sikit. Aku masih sakit hati. Aku rasa akulah orang paling bodoh sekali dalam dunia ni. Susah nak jatuh suka ngn orang. Tapi bila dah suka........... orang tu bunuh kucing aku pun aku masih cakap dia lelaki yang comel. Macam tu la tahap aku jatuh hati kat captain thambi dulu. Aku mengaku, selagi aku tak hilangkan rasa sayang ni selagi tu aku akan sakit hati sangat. Kalau boleh nak jauh dari Kuching, tak nampak muka dia langsung. Delete dia dari semua tmpat yg aku boleh tgk dia. Fb twitter bbm semua. And. toblerone yg dia kasi lepas break haritu, smpai sekarang aku tak makan. Aku masuk dlm tupperware, letak bawah katil. Dah 5 bulan dah. Nanti balik Kuching, aku nak buang. Mampus. Tapi bukan tu je la sbb aku nak pindah KL balik kot. Aku rasa future aku lebih baik kat sini. Aku akan try dapatkan straight A, insyaAllah, kalau rezeki kali ni berpihak pada aku, mintak mintaklah aku mohon sbp dapat. Tu je aku nak, masuk asrama, score SPM, sambung belajar, jadi org yg berjaya, happykan mama happykan abah.

Elelele. Perenggan kedua aku gaya macam orang tak sabar masuk sekolah balik je. Padahal bila mama ajak shopping barang sekolah, menyorok dalam stor. Konon masih tak ready tgk barang sekolah rasa mual la pening la hahaha. Aku bukan apa. Kalau part beli barang sekolah ni sumpah aku malas. Kecuali bahagian beli beg dgn pensil box la tapi. Haaa. Dan aku tak ready lagi balik Kuching. Bayangkan perasaan kau bila dah dua bulan kau jaga anak kaklong kau yg merupakan anak buah kau yg pertama kau kena tinggalkan baby lepastu berchenta dgn buku dkt planet lain. Gucci dhlah tgh sarat mengandung. Apa perasaan kau bila kucing kau dekat KL sarat mengandung tapi tak beranak beranak sampai la kau balik Kuching? sadis weh sadis. Ni la yang aku panggil lowngat. Low Semangat!!!!!!!!!!!!!!!!! :(

Thursday, December 13, 2012

ini entri mengenang cinta lama. hahahahahahahahaha.

Hi salam sejahtera ke atasmu! Harini 12.12.12. Takda orang masuk minang. Takda tanda tanda mama nak belikan iPhone 5. Takda papa special pun. Eh special la jugak. Mama bawak soping. handbag baru, sandal baru, lemak baru (hasil melantak subway meatball marinara) dan blouse baru. Lama gila tak shopping. Serius aku cakap. Kat Kuching, aku tak pernah ada mood nak shopping. Sementara aku kat KL ni apa salahnya aku nak soping sekali sekala. Kan?

Last week aku balik kampung. Mama buat kenduri aqiqah & cukur jambul danish. Eh jap. Aku tak pernah tunjuk gambar Danish ek? Danish anak kaklong. My first nephew. Diorang suruh danish panggil aku makteh. HAHAHAHAHHAHA TAKNAK. Danish kena panggil arina Mummy gak. Mummyrina. Atototo. haha

 Ni Danish Iskandar Bin Khalid. Promoter susu dutch lady kat Jusco balakong tadi cakap mata kitorang sama. :'D

Jap jap. entri kali ni aku bukan nak cerita pasal Danish. Nak dijadikan cerita, cousin aku Aiman yang berumur 10 tahun dah ada makwe. Tak hensem. Tak comel. Takde sifat-sifat pakwe mithali. Tapi baik dan dah dapat makwe pun. Ini membuktikan bahawa cinta itu buta. Aww suwit.
ni la aiman. kitorang kat dapur gunting gunting bunga buat bunga rampai. budak ni pegi ambik bunga sebijik letak kat telinga. Mamat jambu hahaha.

Mengikut cerita Aiman, dia suka Mawar. Dapat nombor 4 dalam kelas. Pandai katanya. "Dulu selalu gaduh gaduh main kejar, tapi lama lama jadi cinta." kata Aiman. Aku dah geli geleman mendengarnya. haha. Mawar pernah pas surat kat aiman, I <3 24="24" ada="ada" aiman.="aiman." aiman="aiman" aku="aku" berdasarkan="berdasarkan" betul.="betul." bila="bila" budak="budak" cakap="cakap" dalam="dalam" dapat="dapat" dengan="dengan" dia="dia" gelak="gelak" ha.="ha." hahahahahha.="hahahahahha." hahahhaa.="hahahhaa." i="i" je.="je." kat="kat" kelas.="kelas." kepandaian.="kepandaian." la="la" lagi="lagi" mawar.="mawar." menang="menang" minat="minat" nabila.="nabila." nabila="nabila" nak="nak" ni="ni" nombor="nombor" orang="orang" osom="osom" p="p" pandailistik="pandailistik" parah="parah" pernah="pernah" pun="pun" salah.="salah." sebab="sebab" serba="serba" siap="siap" siapa="siapa" sorang="sorang" suka="suka" tak="tak" tapi="tapi" tau="tau" too.="too." tulis.="tulis." u="u">

Bila aku dengar citer aiman, aku terus ingat zarul. First crush aku. Entahlah. Time sekolah rendah dulu banyak sangat kenangan yang aku takleh lupa. Dah dua tahun berlalu. Aku takkan lupa diorang semua. Dari kelas 6A sampai 6I. Tak mungkin aku lupa. Dia jiran aku. Dulu aku duduk flat, dia duduk bawah rumah aku. Ramai taktau citer dari awal. Aku pun taktau zarul perasan ke tidak. Tapi aku tak mungkin lupa. First time aku jejak kaki kat KL, dia la orang pertama aku nampak bila aku sampai kat flat tu. Tengah main badminton depan surau. Aku tengah punggah luggage luggage aku yang banyak. Tak handsome pun. Tak jatuh cinta pun. Tak dupdapdupdap pun. Bila sekolah start, oh, bukan setakat jiran. Sekelas rupanya. 4 Bestari.Ok fine. Awalnya   kitorang tak cakap cakap pun. Sampai la satu hari ni aku, afifah, syahir ngn zarul kena pilih untuk wakil sekolah utk Kuiz Kesihatan peringkat Daerah. Afifah memang suka syahir masa tu. Aku takde perasaaan. Tapi entah kenapa masa tu zarul tak habih habih cari pasal dengan aku. panggil aku pendek la, ejek nama bapak la, panggil aku tol la, mcm mcm dia buat. Aku pantang sikit kalau ada orang kacau keamanan aku. Kitorang mcm selalu sangat gaduh. Sampai satu hari ni dia sampai buat aku nangis dan kitorang tak bertegur selama beberapa bulan. masa tu dah nak akhir tahun, sampai tahun depan baru kitorang start cakap balik, masa darjah lima. Sepanjang kitorang tak bercakap tu la aku baru tau aku ada perasaan kat dia. Rasa kosong. Tapi masa darjah lima aku buat dek je. Aku tak peduli. Sayang ke tak sayang ke tak kuasa aku nak  berbaik dgn dia.

Sampai la darjah 6. Dia jiran aku. Dia kawan sekelas aku. Dia duduk depan aku. Dalam science lab dia duduk semeja aku. Weh! Nak seksa aku ke apa ni?
Masalah.

Tapi time darjah 6 la kitorang mcm tak gaduh sangat, dah dapat bincang jawapan soalan science sama2, main sama-sama, kira geng la. maju maju. hahahaha. 2010, best year of my life. Daf, Aqiff, Amira, Liyana, Zarul, Aneb, Aidil, Syabil, Afiq, Nabil, Adeeb, Syahmi, Izzuddin, Nadia, Nabila, Abigail Priya Moesha Ummul ramai gila weh. Hafiz, Sabrina Gouvin, nak sebut sorang sorang satu buku tiga lima pun tak habis. Aku sayang sangat kat diorang. UPSR life aku best sangat. 
Lepas UPSR, tetibe rahsia aku pecah. Kecoh satu kelas aku suka zarul. Bala. 
Tapi tetiba zarul suruh aku jumpa dia kat library. Aku pun pergi la library dgn dafinah. Zarul masa tu dgn gouvin.

"Menda?"
"Nabila cakap kau ada benda nak cakap dengan aku"
Pulak dah. Apa aku nak goreng ni. "Mana ada apapa"
"Kau cakap tak serupa bikin kan? Cakap ah"
"Ok fine. Aku suka kau" ghaw. aku rasa macam nak lari dari situ masa tu jugak. Hantu mana ntah rasuk eiiiii.
"Aku suka kau gak" Masa zarul cakap tu aku tengok dafinah ngn sethu kat tepi tu dah gelak guling guling. Sabo je la. Tapi honest aku cakap. Aku dah berbunga bunga kat situ xhqwksal lxsna hahahahahhahaa
"Tapi nabila suka kau"
"Lantak dia la. Aku suka kau"
"Tapi aku taknak couple. geli"
"siapa ajak couple. aku pun geli"
"ok"

lepastu aku masuk kelas rasa macam nak sorok kepala aku dalam kotak hahahahahahhaa. yay aku tak tepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya dia pun suka aku dari darah 4! hahahaha. Masa tu, satu sekolah tau kitorang suka sama suka. Zarul hari hari kasi toblerone. Termasukla time puasa. Siap pernah baling dari tingkat tiga nak kasi aku yg dekat ground floor. Aku pernah jerit kat kelas sebelah "Aku suka Zarul!" dare geng aku. Seksa gila main truth or dare dgn diorang. Tapi zarul pun pernah jerit "Aku suka Zil" hahahahahhaha. sweet. kecik kecik dah gatal. Well atleast kitorang tak mcm orang lain yg couple break couple break yang couple cuma dalam phone or alam maya je. Kitorang tak couple pun. Fling fling je. hahaha. Ni la yg orang cakap cinta monyet. Cinta orang yang belum matang.


Kira 4 tahun la jugak aku simpan perasaan kat dia. sampai form one. Tapi entah kenapa. Bila jauh sangat, dari Kuching ke KL, aku macam tetibe hilang perasaan kat dia. Dia pun hilang. Mana manalah. Walaupun cerita kitorang habis mcm tu je, cerita kitorang dulu la yg banyak buat aku gelak sekarang. Masa aku type entri ni pun aku dah sakit perut gelak bila ingat masa kecik kecik dulu. Pergi rumah zarul ngn dafinah, mak zarul masak mi, Zarul ngn rauf dtg raya rumah aku tapi aku terus tutup pintu bila nampak muka diorang (sampai kena marah dgn mak aku sebab halau tetamu), zarul dafinah dgn afiq dtg rumah aku tapi zarul yg goreng keropok, makan kedai mamak (nama kedai tu Alim tak silap aku) zarul belanja hahahhahaha aku takkan lupa la.

Bila masuk sekolah menengah ni, semua yg aku tengok, taksub sangat dengan cinta yang tak mungkin kekal. Tak boleh nak tahan single sikit terus cari makwe baru, pakwe baru. Cukup la sekali aku merasa jadi girlfriend orang. Bahagia memang bahagia. Tapi tak lama. Cukup la. Aku nak belajar betul betul, taknak fikir pun pasal cintan cintun ni. Taknak terpengaruh. Tapi aku tak tipu la, aku memang tengah suka kat seseorang ni. Tapi aku rasa, lama lama perasaan ni hilang jugak. Aku taknak membazir masa. Bagi aku, bawak kepala sendiri, best sangat. Takyah nak bawak phone ke hulu ke hilir, takyah nak jaga sangat kecantikan, it feels so free to be single. To be in a relationship, it just not me. I'm just 14. Aku nak berjaya dalam hidup dunia akhirat. Cari keredaan Allah. and. Tahun depan PMR dah :')





Masa cuti ni memang masa sesuai nak menternak lemak. Tak payah heran sangat tengok gambar aku pipi semua naik. Hahaha bye!





13/12/12. 1857. hi aku tak tau kenapa part aku nak citer pasal aiman tu crash. kalau ada masa aku betulkan. bye

Monday, December 3, 2012

krik krik krik

Tetibe aku rasa rindu dgn sorang ni. entah kenapa. pergh. mende ngn aku ni. Rasa camne ek? kalau dia ada rasa nak lari. kalau dia takde rasa nak cari. aku aku bagai sudah terkena. hati gembira rasa. jahatnya kamu. hahahhaahahahahahaha wtf weh tolong akuuuuuuuu

Sunday, December 2, 2012

iklan melayu abad ke-21.

Kalau korang nak tau, banyak gila benda aku allergic. Aku allergic debu, durian, sayur (kecuali sayur sedap), nicki minaj, dan menunggu iklan yang lama. Kadang kadang aku rasa nak baling remote kat tv sbb geram sgt. Macam mana rajagopal geram dengan khairul fahmi che mat yg kasi lepas 3 gol untuk singapore tu, Macam tu la aku geram tengok tv yg lebih banyak iklan dari cerita. haktuih. Tapi bila ingat ingat, dulu aku takde la segeram tu menunggu iklan. Kenapa ek? Sebab iklan dulu orang lagi hensem? Iklan dulu lebih cepat? Iklan dulu lebih berseni? aku pun tak pasti. Setelah mengorek beberapa iklan lama di youtube, baru aku tau kenapa dulu aku watlek watpeace je menunggu iklan yang lama.


Iklan Fair & Lovely Lama VS Baru


ingat tak iklan ni? kalau ada anugerah iklan all time faveret aku memang nak kasi kat iklan ni. Dahlah orang tu  hensem yg amat. Hensem pulak tu. (Bila aku dah gandakan tu maksudnya memang hensem sungguhlah abang ni) Time kekecik dulu, err seingat aku masa tu aku darjah dua ke tiga, aku nampak la abang abang darjah enam buat tangan macam tu ke muka makwe mereka. harharhar. sweet lettew. Lain pulak ceritanya bagi aku. Aku buat tangan mcm tu kat jeremy yg duduk sebelah aku. hewhew. Tapi aku improvise sikit la. Aku ambik muka dia letak kat tanah lepas tu pijak pijak. Sebab apa? Hari hari dia tiru kerja BM aku. Bikin wa panas! 


Ni pulak iklan sekarang. Walaupun dia 30 saat lebih cepat habis daripada iklan versi tiap hari sayang, tapi aku still rasa dia lagi lambat. Sebab? Satu, takde abang hensem. Dua, tak berseni. Tiga, ada unsur unsur perasan diri cantik tahap extravaganza, Empat, tak logik langsung tetibe ada kotak fair and lovely kat tangan bila org puji. Mak aku pun tak bawak kotak Safi Rania Gold dia. Boooooooo



Iklan Sunsilk Lama VS Baru


DULU. Kalau iklan ni,tv3 pasang sampai setengah jam pun aku tak boring kot

TERKINI. 

Mintak tampar bukan? Ahahhaaha bye!



p/s: aku lupa nak cakap. Aku juga allergic dengan orang yang tak reti tutup pintu bila keluar