A cindarella story. Just in my version. Problem? :P

Pages

Friday, February 25, 2011

Sanggup kau jadi cikgu?

Aku tak paham macam mana mak aku boleh sabar mengajar budak peralihan.
Kelas Peralihan is the class yang kebanyakan tak reti baca.
So, aku sangat suka baca buku latihan diorang. TAU SIK PAHAL?



Kau akan dapati bila mak aku (cikgu dia) suruh dia tulis "mandatori", dia akan tulis "manjatoling".
Ejaan yang paling bagus sayangku. kah kah kah.

and tangan kau akan gatal tulis catatan "kau ni takyah sekolah ah weh" kat bawah kerja dia sebab kau baca ayat dia. "Kita harus membantu jiran-jiran kita agar kita dapat membantu mereka bergotong-royong"
sumpah kewl sayangku! huahuahua

ataupun kau memang tulis "PEMBETULANN PALAK LUTUT KAU" kat bahagian pembetulan dia. Di mana dia buat pembetulan untuk perkataan "sekolah" dan kau akan tengok dia tulis macam neh:

  1. sekolah
  2. segolah
  3. segolah
  4. segolah
  5. segolah

ada jugak aku goreng kau jadi patty mekdi aku.

Tu ah kan. macam mana lah kalau kau yg jadi cikgu budak2 tuh.
Kalau aku, memang HANCUR LAGI budak tu.
Aku akan gelak guling2 setiap kali nak menanda buku dorang. kau sanggup? Kang squidward sebelah rumah marah aku lepastu cakap kotak ketawa aku rosak lepas tu aku takut nakgelakso aku tak gelak 24 hours tapi tetibe aku tak dapat gelak tapi bila squidword ckp yg die tipu aku terus gelak guling2. Kau nak aku jadi macamtu? Kang takda kau nak baca entri baru. kalau entr baru pu semua aku tulis nota geografi aku. Nak kau?
kah kah kah. dah lah. bye!

.end of entry.




Wednesday, February 23, 2011

Camy ada scandal?


hambik kau. nampak title terus mata kau macam nak melompat kat entri aku. shuh shuh. jangan dekat sangat. Kepada yang masih blurr dan memang tak tau menahu pasal Camy, camy kucing persian aku. Colour Grey. Makan Wellness Core. Berak lepas Maghrib. eh. kah kah kah.

Oh lupa pulak aku tengah cakap pasal scandal camy. Sebenarnya aku nak tulis sandal. tapi da tulis "scandal" terasa style pulok. malas nak backspace. kah kah kah.

CAMY ADA SANDAL?

tak lah aku tipu sunat je.

aku takde bende nak tulis. Yo lah. mana tau kau rindu aku kau bukak blog aku kau tengok takdek entri baru, kang kau nangis tiga hari dua malam. kang siapa yang susah? Blog aku gak yang susah.

*kasut terpelanting kat muka*

.end of mintak makan kasut entry.


Sunday, February 20, 2011

Semangat Tak Aku

"ori kerrrrr?? Jangan curi yerr"
"entahlahh. err err. ok"
"ori kerrrrr?? Jangan curi yerr"
"entahlahh. err err. ok"
"ori kerrrrr?? Jangan curi yerr"
"entahlahh. err err. ok"
"ori kerrrrr?? Jangan curi yerr"
"entahlahh. err err. ok"
"ori kerrr? jangan buli yerr"
"ori lah kut. buli? mana sesat ni? takdek dalam skrip pun?

itu lah dia dialogue aku ngn adik aku tadi. yg asyik menanya tu adik aku. entah knp tetibe dia lak jadi paparazzil. yg prihatin menjawab tu aku ler.

kepada yg masih blurr tak tau apa bende yg aku tulis kan ni, ni adalah semangat patriotik kami. kitorang ni ada semangat suka ikut iklan. takkan kau tak tau iklan "cetak rompak adalah sama seperti mencuri" lepastu ada geng budak tu menjerit sama2 "Ori kerrr? Jangan curiii yerr"

haaa, tu lah motif aku tulis. dah. bye.

.end of entry.


Carta rambut top. (aku kan paparazzil)




1. Tomok. (HAHHH? WHATT??)


aha. semua makcik2 dah berbaris nak jadi supplier telur untuk kau. semua tau kau nak baling telur kat tomok. woi tak baik woi.
glemer jugak dia masuk blog aku. kau hade?? takde kan ?

ehem. tomok sekarang. kau nak campak telur ke campak nombor telefon?
kah kah kah.



2. Justin Bieber oh Justin Bieber.

menjadi calon pilihan suami ideal 2011 oleh adik2 yg belajar di kumon, smart reader, dan tidak ketinggalan juga tabika kemas.







oke. dua je cukup lah ek? kang ada jugak Justin Bieber pergi rumah aku nak sepak aku. bye.


.end of entry.




Sunday, February 13, 2011

Excuse Valentine, such a MOST LOSER. Maulid Nabi SAW .. nice to see you! :)

We don't celebrate valentine, muslims. kita dilahirkan sebagai muslim, jadi, cubalah jadi mukmin. jangan jadi islam berdasarkan nama jek!
Mukmin; mukmin adalah islam yg berilmu, beriman dan beramal soleh.

so, this Maulidur Rasul, berhijrah lah kita.
dari buruk ke baik. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas. this is what I get from some blogs and i want to share with you. Have fun :) oh and tolonglah mute PC kau kejap. Lagu SOLO menyemak! keh keh


"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (Surat Al-ahzab 56)

12 Rabiul Awal. As what as you know, setiap kali 12 Rabiul Awal kita memperingati Maulid Nabi Muhammad S.A.W..
Peringatan ini dimaksudkan untuk memperingati tiga peristiwa besar yg dialami Rasulullah,
keputeraan Nabi Muhammad S.A.W., hijrah, dan wafatnya Nabi Muhammad S.A.W..


Peristiwa besar saat lahirnya sebaik-baik makhluk (Nabi Muhammad SAW) pd 12 Rabiul Awal
Tanggal 12 Rabiul Awal adalah hari bersejarah yang utama bagi umat Islam di seluruh dunia, sbb pada hari itulah junjungan kita Nabi Muhammad SAW dilahirkanke dunia, membawa rahmat bagi seluruh alam.
The day that changes everything.

Baginda dilahirkan di Makkah, about 200 meters away from Masjidil Haram, hari isnin. menjelang terbit fajar.. pada tahun gajah..
kalau kau nak tau, sekarang, tempat kelahiran Rasulullah dijadikan perpustakaan “Maktabah Makkah al Mukarromah”.

Dinamakan tahun itu dengan ‘tahun Gajah’ karena tentara Abrahah dari Yaman menyerang Ka’bah dengan maksud akan meruntuhkannya. Mereka datang dengan mengendarai gajah. Akan tetapi penyerangan itu gagal, dengan dikirim Allah pasukan burung ababil dari angkasa menjatuhkan batu-batu berapi dari neraka kepada mereka sehingga mereka hancur lumat seperti daun kayu yang dimakan ulat, sebagaimana firman Allah dalam al Quran surat al Fil ayat 1 – 4.

Menurut pendapat Ibnu Ishak yang mahsyur, Nabi SAW lahir 50 hari sesudah peristiwa itu. Ada pula pendapat yang menyatakan 30 hari, 40 hari dan 55 hari sesudah kejadian itu. Mengenai tanggal lahir baginda pun terjadi pula perbezaan pendapat ahli-ahli sejarah. Ada yang mengatakan tanggal 2 Rabiul Awal, 8 Rabiul Awal, 17 Rabiul Awal, dan 18 Rabiul Awal. Pendapat yang mahsyur dan penduduk Makkah sependapat tanggal 12 Rabiul Awal. Adapun saat kelahiran baginda itu menurut yang mahsyur menjelang terbit fajar, saat doa dimakbulkan Allah SWT.

Hari Istimewa

Perlu diketahui, sejatinya Allah SWT juga menjadikan hari kelahiran Nabi SAW sebagai momen istimewa. Fakta bahwa Rasul SAW terlahir dalam keadaan sudah dikhitan (Almustadrak ala shahihain hadits no.4177) adalah salah satu tengara. Fakta lainnya:

Pertama, perkataan Utsman bin Abil Ash Atstsaqafiy dari ibunya yang pernah menjadi pembantu Aminah r.a. ibunda Nabi SAW. Ibu Utsman mengaku bahwa tatkala Ibunda Nabi SAW mulai melahirkan, ia melihat bintang bintang turun dari langit dan mendekat. Ia sangat takut bintang-bintang itu akan jatuh menimpa dirinya, lalu ia melihat kilauan cahaya keluar dari Ibunda Nabi SAW hingga membuat kamar dan rumah terang benderang (Fathul Bari juz 6/583).

Kedua, Ketika Rasul SAW lahir ke muka bumi baginda langsung bersujud (Sirah Ibn Hisyam).

Ketiga, riwayat yang shahih dari Ibn Hibban dan Hakim yang menyebutkan bahawa saat Ibunda Nabi SAW melahirkan Nabi SAW, beliau melihat cahaya yang teramat terang hingga pandangannya bisa menembus Istana-Istana Romawi (Fathul Bari juz 6/583).

Keempat, di malam kelahiran Rasul SAW itu, singgasana Kaisar Kisra runtuh, dan 14 buah jendela besar di Istana Kisra ikut rontok.

Kelima, padamnya Api di negeri Persia yang semenjak 1000 tahun menyala tiada henti (Fathul Bari 6/583).

Kenapa peristiwa-peristiwa akbar itu dimunculkan Allah SWT tepat di detik kelahiran Rasulullah SAW?. Tiada lain, Allah SWT hendak mengabarkan seluruh alam bahwa pada detik itu telah lahir makhluk terbaik yang pernah diciptakan oleh-Nya, dan Allah SWT mengagungkan momen itu sebagaimanaAllah SWT menebar salam sejahtera di saat kelahiran nabi-nabi sebelumnya.

Dalam Shahih Bukhari diceritakan, sebuah kisah yang menyangkut tentang Tsuwaibah. Tsuwaibah adalah budak [perempuan] Abu Lahab [bapa saudara] Nabi Muhammad [SAW]. Tsuwaibah memberikan kabar kepada Abu Lahab tentang kelahiran Muhammad [anak saudaranya], tepatnya hari isnin tanggal 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Abu Lahab bersuka cita sekali dengan kelahiran baginda. Maka, dengan kegembiraan itu, Abu Lahab membebaskan Tsuwaibah. Dalam riwayat disebutkan, bahawa setiap hari isnin, di akhirat nanti, siksa Abu Lahab akan dikurangi karena pada hari itu, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, Abu Lahab turut bersuka cita. Kepastian akan hal ini tentu kita kembalikan kepada Allah SWT, yang paling berhak tentang urusan akhirat. Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW secara seremonial sebagaimana yang kita lihat sekarang ini, dimulai oleh Imam Shalahuddin Al-Ayyubi, komandan Perang Salib yang berhasil merebut Jerusalem dari orang-orang Kristen. Akhirnya, setelah terbukti bahwa kegiatan ini mampu membawa umat Islam untuk selalu ingat kepada Nabi Muhammad SAW, menambah ketaqwaan dan keimanan, kegiatan ini pun berkembang ke seluruh wilayah-wilayah Islam, termasuk Indonesia. Kita tidak perlu merisaukan aktifitas itu. Aktifitas apapun, jika akan menambah ketaqwaan kita, perlu kita lakukan.


PERISTIWA HIJRAH : SAMPAINYA RASULULLAH DI MADINAH PADA 12 RABIUL AWAL

12 Rabiul Awal ,tahun 13 kerasulan atau 2 JULAI 622 M. Rasulullah, Abu Bakar dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

C. PERISTIWA WAFATNYA NABI MUHAMMAD : 12 RABIUL AWAL

Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Peringatan Haul para Pendahulu

Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW selalu berziarah ke makam para syuhada di bukit Uhud pada setiap tahun. Sesampainya di Uhud beliau memanjatkan doa sebagaimana dalam surat Al-Qur’an Surat Ar-Ra’d ayat 24:

سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

"Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."

Inilah yang menjadi sandaran hukum Islam bagi pelaksanaan peringatan haul atau acara tahunan untuk mendoakan dan mengenang para ulama, saudara dan orang tua kita.

Diriwayatkan pula bahwa para sahabat pun melakukan apa yang telah dilakukan Rasulullah. Berikut ini adalah kutipan lengkap hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi:

وَ رَوَى الْبَيْهَقِي فِي الشَّعْبِ، عَنِ الْوَاقِدِي، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَزُوْرُ الشُّهَدَاءَ بِأُحُدٍ فِي كُلِّ حَوْلٍ. وَ إذَا بَلَغَ رَفَعَ صَوْتَهُ فَيَقُوْلُ: سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّار

Al-Baihaqi meriwayatkan dari al-Wakidi mengenai kematian, bahawa Nabi SAW senantiasa berziarah ke makam para syuhada di bukit Uhud setiap tahun. Dan sesampainya di sana beliau mengucapkan salam dengan mengeraskan suaranya, “Salamun alaikum bima shabartum fani’ma uqbad daar” –QS Ar-Ra’d: 24– Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.

Lanjutan riwayat:

ثُمَّ أبُوْ بَكْرٍ كُلَّ حَوْلٍ يَفْعَلُ مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ عُمَرُ ثُمَّ عُثْمَانُ. وَ كاَنَتْ فَاطِمَةُ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا تَأتِيْهِ وَ تَدْعُوْ. وَ كاَنَ سَعْدُ ابْنِ أبِي وَقَّاصٍ يُسَلِّمُ عَلَيْهِمْ ثُمَّ يَقْبَلُ عَلَى أصْحَابِهِ، فَيَقُوْلُ ألاَ تُسَلِّمُوْنَ عَلَى قَوْمٍ يَرُدُّوْنَ عَلَيْكُمْ بِالسَّلَامِ

Abu Bakar juga melakukan hal itu setiap tahun, kemudian Umar, lalu Utsman. Fatimah juga pernah berziarah ke bukit Uhud dan berdoa. Saad bin Abi Waqqash mengucapkan salam kepada para syuhada tersebut kemudian ia menghadap kepada para sahabatnya lalu berkata, ”Mengapa kalian tidak mengucapkan salam kepada orang-orang yang akan menjawab salam kalian?”

Demikian dalam kitab Syarah Al-Ihya juz 10 pada fasal tentang ziarah kubur. Lalu dalam kitab Najhul Balaghah dan Kitab Manaqib As-Sayyidis Syuhada Hamzah RAoleh Sayyid Ja’far Al-Barzanji dijelaskan bahwa hadits itu menjadi sandaran hukum bagi orang-orang Madinah untuk yang melakukan Ziarah Rajabiyah (ziarah tahunan setiap bulan Rajab) ke maka Sayidina Hamzah yang duitradisikan oleh keluarga Syeikh Junaid al-Masra’i karena ini pernah bermimpi dengan Hamzah yang menyuruhnya melakukan ziarah tersebut.

Para ulama memberikan arahan yang baik tentang tatacara dan etika peringatan haul. Dalam al-Fatawa al-Kubra Ibnu Hajar mewanti-wanti, jangan sampai menyebut-nyebut kebaikan orang yang sudah wafat disertai dengan tangisan. Ibnu Abd Salam menambahkan, di antara cara berbela sungkawa yang diharamkan adalah memukul-mukul dada atau wajah, karena itu berarti berontak terhadap qadha yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Saat mengadakan peringatan haul dianjurkan untuk membacakan manaqib (biografi yang baik) dari orang yang wafat, untuk diteladani kebaikannya dan untuk berbaik sangka kepadanya. Ibnu Abd Salam mengatakan, pembacaan manaqib tersebut adalah bagian dari perbuatan taat kepada Allah SWT karena bisa menimbulkan kebaikan. Karena itu banyak para sahabat dan ulama yang melakukannya di sepanjang masa tanpa mengingkarinya.


Jika ditinjau dari amalan maulid, haul ataupun hijrah nabi Muhammad SAW maka Tidak ada letak bid’ah pada amalan maulid ini!!. hanya orang orang arab jahiliyah dari kalangan badwi gunung najd (wahahby) saja yang menolak amalan ini. Peliknya dorang tak menjadikan memperingati hari maulid nabi tapi sibuk memperingati hari kelahiran muhammad ibnu abd wahab (gembong khawarij akhir zaman)!


Renung2 kan. Semoga kita mendapat berkat Allah SWT dunia dan akhirat.. aminn :)

Sunday, February 6, 2011

Hai Birthday Selamat Yuki! :)



"Yuki, nak mintak apa bro?"
"Nak bende kat Toys R US"
"ek"
"ha'ah"
"tapi tak bagus lah mintak setakat tu je"
"ek"
"ye ah bongek!"
"habistuh nak mintak apa? mintak banglo tiga jibik?"
"palak hotak kau. mintak lah 4 jiik"
"ok itu lawak"
"hahahaha takde takde. kalau arina, arina mintak cuti sekolah 4 hari."
"hah?"
"arina nak ponteng sekolah 4 hari sebagai hadiah birthday"
"kenapa tak seminggu je?"
"arina taknak jadi bodoh"
"arina dah memang bodoh"

Berdasarkan dialog aku ngn yuki dekat SACC Mall pagi tadi ni, kau dapat tak apa yg paling bagus kau boleh dapat masa birthday?

CUTI!

.end of entry.


Saturday, February 5, 2011

Kabikuchikabigemmmm..

Cara-cara menghilangkan keboringan sewaktu teman mak kau kat pasar.

1. Sentiasa jadi pelakon pembantu mak kau. Contoh time mak kau suruh pakcik ikan timbang, hasilnya "RM32.60". Mak kau buat buat tak dengar lepastu "Eh eh ketam ni feresh pulak ye arina" lepastu mak kau pergi belek belek udang, sotong, dan semua bende berais kat atas meja tu. Tiba-tiba:"Eh, cencaru kat sana murah ah ma!". Lepastu mak kau pun buat2 kelam kabut dng menanya harga cencaru tu balik. Hasilnya: "RM 31.60". Eh, mana pergi singgit lagi? itu ah POWERnya pelakon pembantu.

2. Kau tolong makcik tu jual sekali. oke ini tak boleh pakai.

3. Kau pergi bawak Justin Bieber teman kau pergi pasar. Kau boleh suruh dia nyanyi lagu "Pray ke Never Say Never ke apa kea." k? apa kebangang sangat idea kau zil? oke sepak ke laut. Next!

4. Kau usha mamat jual limau Gong Xi Fa Chai tu. jeng jeng jeng. pergh hensem kot. hahah

5. Jangan sepak aku sebab aku buat entri tak berguna. oke dah bye! kah kah kah

Tuesday, February 1, 2011

Hai Fawwaz!

Muhd Fawwaz! the one who love to smile!

The bestfriend of mine!
Aku kenal BUDAK NI masa darjah dua. Dia dengan Maryam setiasa jadi ketua kelas! yerrr.

Ayam Masak Merah = Makanan kegemaran.

suka nganok Chelsea FC -.-

mun camya,, nya sik benci aku!

kan Fawwaz? :D

Fawwaz, kau tok memang bait habiss! There's always you when I don't have anyone.
Best na kawan ngn kau!
Kita sik pande masak! huhuhu


oke. I don't know how to say.

huhu.

tapi, aku harap kita akan jadi besfren sampe tua oke?
no matter kau dah baruban kah, dah bongkok kah, kita still BFF oke?

p/s: Mun ada Pocong kaco aku, halaunya lah oh? walaupun kau peminat pocong!
HAHAAHA

Bestfriend Forever. wink wink ;)

GUD MORNING FAWWAZ!

.end of entry.